`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Sunday, March 12, 2023

Pindaan Akta Insolvensi tak rampas barangan asas, kelengkapan cari rezeki, kata Azalina

 

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (undang-undang dan reformasi institusi) Azalina Othman Said bagaimanapun berkata individu muflis masih tidak dibenarkan ke luar negara.

PETALING JAYA: Barangan keperluan asas individu bankrap seperti peti ais, peralatan memasak, termasuk kelengkapan mencari rezeki harian antara pengecualian diberikan dalam cadangan pindaan Akta Insolvensi 1967.

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (undang-undang dan reformasi institusi) Azalina Othman Said, berkata pindaan itu dijangka dibentang di Parlimen, selewat-lewatnya awal bulan depan.

Katanya, menerusi pindaan itu, enam perubahan dasar diberi perhatian oleh kerajaan, antaranya memberi penekanan terhadap aspek kebajikan individu bankrap ketika dalam pentadbiran ketua pengarah insolvensi, susulan peningkatan kos sara hidup.

Beliau berkata, antara cadangan pindaan penting ialah penambahbaikan untuk memudahkan individu dilepas daripada kebankrapan, termasuk membabitkan peruntukan pelepasan secara automatik memandangkan tiada berjaya dilepaskan secara automatik dibuat setakat ini.

“Buat masa ini, Seksyen 33C Akta Insolvensi 1967 yang berkuat kuasa pada 6 Okt 2017 melalui Akta Kebankrapan (Pindaan) 2017 membolehkan bankrap dilepaskan daripada kebankrapan selepas tempoh tiga tahun bankrap memfailkan pernyataan hal ehwal.

“Namun, tiada pelepasan automatik berjaya dibuat setakat ini. Mekanisme pelepasan automatik ini akan ditambah baik untuk memudahkan individu bankrap dilepaskan dari kebankrapan,” katanya menurut Berita Harian.

Berhubung larangan ke luar negara bagi mereka yang bankrap, Azalina berkata, ia masih terpakai kerana tiada pindaan berhubung perkara itu dibuat pada masa kini.

Dalam pembentangan Belanjawan 2023, pada 24 Feb, Perdana Menteri Anwar Ibrahim, mengumumkan Akta Insolvensi akan dipinda supaya kes muflis dilepaskan secara automatik pada masa singkat.

Sebelum ini, kerajaan menyatakan pindaan Akta 360 yang akan dilakukan sekali lagi, bakal membolehkan sekurang-kurangnya 130,000 individu daripada 260,000 kes bankrap mendapat pelepasan kebankrapan. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.