`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Saturday, March 25, 2023

PN dah ada ‘poster boy’ di Selangor, Negeri Sembilan

 

Pengarah Pilihan Raya PN Muhammad Sanusi Md Nor berkata gabungan itu yakin tawan Selangor dan Negeri Sembilan daripada PH.

PETALING JAYA: Pengarah Pilihan Raya Perikatan Nasional (PN) Muhammad Sanusi Md Nor berkata gabungan itu sudah memuktamadkan calon menteri besar atau “poster boy” di Selangor dan Negeri Sembilan untuk menghadapi PRN.

Beliau bagaimanapun tidak mendedahkan calon itu yang sepatutnya dilantik dalam kalangan pemimpin Bersatu seperti diumumkan Pengerusi PN Muhyiddin Yassin 12 Mac lalu.

“PN dah ada calon menteri besar di Selangor dan Negeri Sembilan iaitu calon ‘poster boy’ kita. Kita akan ketengahkan calon menteri besar kita.

“Kita dah siap sedia berjuang dan pertahankan negeri (pimpinan) kita serta akan ambil negeri Pakatan Harapan (PH),” katanya menurut Sinar Harian.

-ADVERTISEMENT-
Ads by 

Selangor, Negeri Sembilan dan Pulau Pinang ditadbir PH manakala Kedah, Kelantan serta Terengganu dikuasai PN.

Pada 17 Mac lalu, Ketua Bersatu Selangor Abdul Rashid Asari berkata Majlis Pimpinan Tertinggi (MPT) Bersatu memutuskan tidak menamakan siapa individu dijadikan “poster boy” dalam menghadapi PRN Selangor.

Sebelum itu, timbul desas-desus bekas menteri besar Selangor Azmin Ali, Naib Presiden Bersatu Radzi Jidin dan Rashid yang dilantik penyelaras PRN negeri itu sebagai bayangan calon menteri besar.

Rashid bagaimanapun menafikannya. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.