`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Monday, March 13, 2023

RUU 355 dibawa ke Kabinet untuk keputusan dasar, kata menteri

 

Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama) Mohd Na’im Mokhtar berkata ketika ini pihaknya sedang menyediakan kertas Jemaah Menteri berkaitan Akta 355. (Gambar Bernama)

KUALA LUMPUR: Pindaan Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 atau Akta 355 akan dibawa ke Jemaah Menteri untuk mendapatkan keputusan dasar, kata Menteri di Jabatan Perdana Menteri (Hal Ehwal Agama), Mohd Na’im Mokhtar.

Naim berkata, ketika ini pihaknya sedang menyediakan kertas Jemaah Menteri.

“Insya-Allah memandangkan pertukaran kerajaan ini kita akan cuba menyediakan kertas Jemaah Menteri untuk dapatkan keputusan dasar.

“Bukan sahaja berkaitan dengan akta bidang kuasa Mahkamah Syariah (kita) cuba masukkan Rang Undang-undang Mahkamah Syariah Wilayah Persekutuan bersekali,” katanya ketika sesi penggulungan jawapan Belanjawan 2023 peringkat jawatankuasa di Dewan Rakyat.

Beliau berkata, keputusan itu dibuat bagi memperkasakan hukuman dan kedudukan Mahkamah Syariah.

Naim berkata demikian menjawab soalan Ahmad Marzuk Shaary (PN-Pengkalan Chepa) berhubung status RUU 355 dalam kerajaan baharu dan bilak ia akan dibawa ke Parlimen.

Sebelum ini, memetik Utusan Malaysia, Naim berkata kerajaan memberi jaminan akan terus memperkukuhkan Akta Mahkamah Syariah (Bidang Kuasa Jenayah) 1965 selagi ia memberi manfaat kepada umat Islam.

Akta itu sepatutnya dibentangkan untuk pindaan pada persidangan hujung Oktober lalu namun terbantut susulan pembubaran Parlimen.

Draf pindaan kepada akta itu yang dirujuk sebagai RUU 355 bagaimanapun sudah diluluskan Jabatan Peguam Negara pada 7 Okt lalu.

Penggubalan semula Akta 355 hasil Persidangan Penyelarasan Undang-undang Syarak dan Sivil Ke-27 pada 2021 bakal menyeragamkan kuasa Mahkamah Syariah di Malaysia.

Sementara itu, Naim berkata pihaknya dalam usaha meminda Akta Mahkamah Syariah berkaitan ajaran sesat yang kini hanya memperuntukkan hukuman tiga tahun penjara, RM5,000 denda dan enam sebatan buat pesalah.

“Akta Mahkamah Syariah ini dah lebih 30 tahun belum dipinda, kita akan cuba untuk pindaan itu dibuat,” katanya. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.