`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Tuesday, March 21, 2023

Tumbuk, sepak doktor, seorang lelaki ditahan

 

Tangkap layar video tular menunjukkan tindakan seorang lelaki bertindak kasar terhadap mangsa dalam kejadian di Ampang, semalam. (Gambar Facebook)

PETALING JAYA: Seorang lelaki ditahan polis selepas tindakannya menumbuk dan menyepak seorang doktor dalam kejadian berhampiran sebuah pusat beli-belah di Ampang semalam, tular di media sosial.

Suspek dikatakan bertindak sedemikian kerana berang dengan mangsa yang tidak mengendahkan arahan memberhentikan kereta ketika berlaku pelanggaran kenderaan.

Ketua Polis Ampang Jaya, Mohamad Farouk Eshak, berkata semasa memandu di lampu isyarat Jalan Kolam Air Lama, mangsa berusia 67 tahun menyedari kenderaannya dilanggar dari arah belakang.

Ads by Kiosked

“Apabila sampai di hadapan stesen minyak berkenaan, kenderaan mangsa dihalang dari arah hadapan oleh sebuah kereta Mercedes berwarna putih.

“Kemudian, seorang lelaki turun dari kenderaan itu dan bertindak membuka pintu kereta mangsa lalu menumbuk muka bahagian kanan pipi, menarik rambut dan menyepak mangsa di bahagian pinggang menyebabkan dia berasa sakit.

“Kejadian itu dirakam oleh pengguna jalan raya lain yang kemudian ditularkan di media sosial, semalam,” katanya menurut Harian Metro.

Farouk berkata, suspek berusia 27 tahun itu ditahan ketika hadir di IPD Ampang Jaya selepas selesai memberi keterangan, pada 9.45 malam tadi.

“Difahamkan, suspek bertindak sedemikian kerana tidak berpuas hati dengan mangsa yang tidak mengendahkan arahan memberhentikan kereta semasa pelanggaran kenderaan berlaku.

“Semakan dilakukan mendapati suspek tidak mempunyai rekod jenayah dan hasil ujian saringan air kencing dijalankan ke atas lelaki itu didapati negatif,” katanya.

Ads by Kiosked

Katanya, permohonan reman terhadap suspek akan dibuat hari ini dengan kes disiasat mengikut Seksyen 323/506 Kanun Keseksaan atas kesalahan sengaja menyebabkan kecederaan dan ugutan jenayah. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.