`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Wednesday, June 21, 2023

Daftar eBelia Rahmah mulai Isnin depan

 

Belia 18 hingga 20 tahun atau pelajar sepenuh masa IPT terima kredit RM200.

PUTRAJAYA: Belia berumur 18 hingga 20 tahun atau pelajar sepenuh masa yang menuntut di institut pengajian tinggi (IPT) boleh mula mendaftar untuk menerima kredit RM200 bagi program eBelia Rahmah mulai Isnin, 26 Jun ini pukul 8 pagi, kata Kementerian Kewangan (MoF).

MoF dalam kenyataan berkata tempoh pendaftaran dan tuntutan eBelia Rahmah adalah mulai 26 Jun hingga 22 Ogos.

MoF berkata golongan belia yang layak boleh mendaftar melalui salah satu daripada tiga penyedia perkhidmatan e-dompet iaitu Boost, Setel dan Touch ‘n Go eWallet.

Ads by Kiosked

“Kredit eBelia Rahmah serta manfaat padanan daripada penyedia perkhidmatan e-dompet terlibat boleh dibelanjakan secara ‘offline’ hingga 31 Ogos 2023,” katanya.

MoF berkata program berkenaan adalah terbuka kepada golongan belia warganegara Malaysia yang mencapai umur 18 hingga 20 tahun pada 2023 iaitu mereka yang lahir pada 2003 hingga 2005 atau berstatus aktif sebagai pelajar sepenuh masa di IPT dalam negara.

MoF berkata selain bantuan RM200 dalam bentuk kredit e-tunai daripada kerajaan, penyedia perkhidmatan e-dompet yang terlibat turut memberikan insentif tambahan dalam bentuk baucar, pulangan tunai atau diskaun mata ganjaran sepanjang tempoh program berkenaan.

“Kredit RM200 ini juga boleh dimanfaatkan di peruncit atau peniaga yang menerima pembayaran melalui kod QR DuitNow dengan menggunakan salah satu e-dompet yang terlibat dalam program ini, namun tertakluk kepada transaksi yang dibenarkan,” kata MoF.

Perdana Menteri Anwar Ibrahim yang juga menteri kewangan ketika membentangkan Belanjawan 2023 Malaysia Madani di Dewan Rakyat pada 24 Feb lepas menyatakan bahawa kerajaan akan memberikan kredit e-tunai berjumlah RM200 kepada dua juta belia berusia 18 hingga 20 tahun, melibatkan peruntukan RM400 juta. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.