`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Wednesday, June 21, 2023

Lagi banyak Ahmad Maslan cakap lagi cepat ringgit merudum, kata KJ

 

Khairy Jamaluddin berkata beliau tidak bergurau mengenai kenyataannya supaya Ahmad Maslan tidak bercakap mengenai ekonomi. (Gambar Facebook)

PETALING JAYA: Khairy Jamaluddin berkata Ahmad Maslan lebih baik berdiam diri daripada bercakap mengenai ekonomi kerana lebih banyak timbalan menteri kewangan itu bersuara, lagi cepat ringgit merudum.

“Saya rasa lagi banyak Ahmad Maslan cakap tentang ekonomi lagi cepat ringgit akan merudum. Mungkin pendengar ingat saya bergurau tetapi sebenarnya saya tak bergurau,” katanya menerusi podcast Keluar Sekejap.

Ahmad pada 18 Jun lalu mengumumkan bahawa Perdana Menteri Anwar Ibrahim bakal membuat satu pengumuman penting berkenaan hal semasa ekonomi pada keesokan harinya.

Ads by Kiosked

Bagaimanapun, perdana menteri hanya mengumumkan berkenaan strategi untuk meningkatkan pasaran modal Malaysia dan pengurangan duti setem untuk transaksi saham didagangkan di Bursa Malaysia.

Menurut Khairy, kenyataan Ahmad itu menimbulkan soal kredibiliti apabila ia seakan-akan memberi gambaran bahawa akan ada pengumuman besar tetapi sebaliknya berlaku.

“Apabila Ahmad cakap begitu saya pun bersedia untuk satu pengumuman sangat komprehensif berkenaan dengan kemasukan bilion-bilion ringgit pada negara kita, kepada pasaran modal kita, pelaburan langsung asing (FDI) kita.

“Saya tak salahkan perdana menteri sebab beliau tidak menjual kenyataan atau pun pengumuman tersebut sebagai satu pengumuman besar, beliau tahu bahawa walaupun pengumuman ini bukanlah pengumuman yang teruk tetapi bukanlah besar,” katanya.

Kata Khairy, beliau membaca analisa daripada pakar pasaran kewangan dan mereka berkata pengumuman perdana menteri itu sudah pasti akan memberangsangkan lagi jumlah dagangan di bursa.

“Bagaimanapun, mereka berkata tidak akan melihat kemasukan berbilion-bilion daripada portfolio pelabur,” katanya. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.