`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Tuesday, June 13, 2023

Deputy natural resources, environment and climate change minister Huang Tiong Sii said river pollution is caused by chemical waste disposal, livestock farming and mining activities. (Reuters pic) KUALA LUMPUR: The environment department (DoE) reported that 29 or 4% of the 672 rivers in the country were polluted last year. Deputy natural resources, environment and climate change minister Huang Tiong Sii said the pollution was caused by chemical waste disposal, livestock farming and mining activities. Stay up-to-date by following FMT's Telegram channel The DoE has increased its enforcement and is conducting studies to control the pollution. “We are also ensuring that all development projects have undergone an environmental impact assessment,” Huang said in his reply to a question from Sh Puzi Sh Ali (BN-Pekan) on river pollution during the question-and-answer session in the Dewan Rakyat today. He said there are 30 automatic and 1,353 manual monitoring stations for river water quality monitoring nationwide.

 

Studio Management Services berpotensi menjana pendapatan RM800 juta dalam tempoh lima tahun melalui kemasukan produksi baharu. (Gambar Facebook)

KUALA LUMPUR: Khazanah Nasional Bhd (Khazanah) tidak pernah menjual aset kompleks produksi filem dan televisyen, Iskandar Malaysia Studios sebaliknya hanya menjual saham dalam syarikat pengendali operasi studio tersebut.

Timbalan Menteri Kewangan II Steven Sim Chee Keong berkata studio berkeluasan 19.8 hektar (49 ekar) di Iskandar Puteri, Johor itu masih dimiliki Khazanah melalui melalui anak syarikat bertujuan khas (SPV), Tanjung Bidara Ventures Sdn Bhd.

Beliau berkata Khazanah mengambil keputusan untuk menjual saham dalam syarikat pengendali operasi studio iaitu Iskandar Malaysia Studios Sdn Bhd (IMS) untuk mencari rakan kongsi baharu yang dapat mengendalikan operasi studio berkenaan dengan lebih baik.

“IMS menghadapi cabaran dari segi kemampanan kewangan dan ianya diburukkan lagi dengan kesan kepada industri perfileman akibat pandemik COVID-19.

“Sekiranya Khazanah kekal sebagai pemegang saham IMS, Khazanah harus terus menyalurkan sokongan kewangan kepada IMS dengan anggaran kerugian sehingga RM14 juta setiap tahun,” katanya pada sesi soal jawab di Dewan Rakyat.

Beliau menjawab soalan Iskandar Dzulkarnain Abdul Khalid (PN-Kuala Kangsar) yang meminta penjelasan mengenai rasional penjualan studio tersebut.

Susulan penjualan pemilikan dalam syarikat pengendali studio itu, Sim berkata Khazanah telah memilih Studio Management Services Sdn Bhd (Studio Management Services) sebagai rakan kongsi baharu selepas melalui proses Request for Proposal (RFP).

Studio Management Services merupakan sebuah konsortium yang dipimpin oleh pasukan pengurusan tempatan IMS dan rakan kongsi serantau, GHY Culture & Media Holding Co. Limited dan anak syarikatnya, GHY Culture & Media (Malaysia) Sdn Bhd (GHY) yang merupakan sebuah syarikat kumpulan media yang terkemuka dalam industri hiburan Asia dan tersenarai di Bursa Saham Singapura.

“Pada masa ini, Perjanjian Jual Beli Saham telah ditandatangani oleh kedua-dua pihak dan menunggu syarat duluan (Conditions Precedent) dimuktamadkan,” kata Sim.

Sim berkata berikutan urus niaga tersebut, Khazanah akan menerima hasil penjualan saham syarikat pengendali operasi studio tersebut sebanyak RM32 juta serta anggaran bayaran sewa sehingga tahun 2036 berjumlah RM26 juta.

Studio Management Services dijangka berpotensi menjana pendapatan berjumlah RM800 juta dalam tempoh lima tahun melalui kemasukan produksi baharu ke studio berkenaan.

“Hasilnya, lebih banyak peluang pekerjaan dapat disediakan dalam ekosistem studio tersebut serta membawa impak positif kepada ekonomi setempat,” katanya. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.