`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Saturday, June 17, 2023

Di mana songsangnya kempen ‘Kalih Bagi Sama’, soal Mahdzir

 

Mahdzir Khalid berkata tiada istilah songsang bagi kempen pilihan raya dan ia hak parti untuk berkempen.

PETALING JAYA: Umno Kedah menafikan dakwaan bertindak songsang dan melanggar amalan demokrasi dengan pelancaran kempen “Kalih Bagi Sama” sempena PRN.

Ketuanya, Mahdzir Khalid berkata kempen itu sebahagian tawaran Barisan Nasional (BN) dan Pakatan Harapan (PH) bagi menawan pengundi di Kedah yang mahu melihat pentadbiran negeri dan persekutuan selari supaya lebih banyak pembangunan dapat dibawa ke negeri terbabit.

“Di mana songsangnya? Istilah songsang tak ada apabila tiba kempen pilihan raya, kita guna ‘Kalih Bagi Sama’ kerana ia adalah hak parti untuk berkempen. Kita tawarkan kepada rakyat Kedah jika undi BN dan PH, makna sama undi kerajaan di persekutuan.

Ads by Kiosked

“Dalam amalan demokrasi, ini tak salah. Ada perkara lebih salah jika mencarut, maki orang, fitnah, ikut suka hati kata pada orang. Itu semua lebih dahsyat lagi daripada songsang,” katanya selepas mesyuarat Umno Kedah malam tadi, menurut Berita Harian.

Terdahulu, Menteri Besar Kedah, Sanusi Md Nor dilaporkan mendakwa kempen “Kalih Bagi Sama” BN dan PH songsang serta bertentangan amalan demokrasi dalam negara.

Mengenai pembahagian kerusi BN dan PH, katanya, proses rundingan kini memasuki peringkat akhir untuk dimuktamadkan.

“Cuma ada dua kerusi berlaku pertindihan dan kita serah pada Pusat untuk menentukan siapa yang bakal bertanding. Bagi kerusi lain, kita sudah capai persefahaman.

“Pembahagian di setiap kerusi Dewan Undangan Negeri (DUN) menyaksikan BN dan PH ada wakil di setiap kawasan Parlimen, ini bagi menunjukkan semangat perpaduan antara kita pada PRN ini.”

Kedah mempunyai 36 kerusi DUN dengan Perikatan Nasional menguasai 21 kerusi melalui PAS (15) dan Bersatu (enam), PH mempunyai 11 kerusi melalui PKR (lima), Amanah (empat) dan DAP (dua), manakala BN dan Pejuang masing-masing memiliki dua kerusi. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.