`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Saturday, June 17, 2023

PKR mahu pertahan DUN Sentosa, tolak permintaan MIC

 

Barisan Nasional dikatakan berminat dengan DUN Sentosa yang diduduki parti PH sejak tiga penggal lalu. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: PKR dikatakan mahu mempertahankan DUN Sentosa pada PRN Selangor akan datang, di sebalik khabar angin bahawa MIC berminat untuk bertanding di situ.

Ketua PKR Kota Raja, Gunaraj George, memaklumkan kepada FMT bahawa ‘pucuk pimpinan’ parti muktamad DUN Sentosa akan ditandingi calon PKR, selepas mengambil kira pandangan penduduk.

“Memang kerusi (Sentosa) tidak akan diberi kepada MIC memandangkan tiga penggal parti Pakatan Harapan menang di kawasan ini. Kita tidak boleh beri kepada sesiapa,” katanya.

Ads by Kiosked

Gunaraj yang juga penyandang kerusi menyatakan kesediaan untuk bertanding semula di situ. “Tapi pimpinan akan membuat keputusan.”

Beliau mengulas laporan Malaysiakini pada 3 Jun lalu, bahawa Barisan Nasional yang akan mempertahankan empat DUN meminta Pakatan Harapan menawarkan 13 kerusi, termasuk Sentosa.

Menurut laporan yang memetik sumber Umno itu, MIC berminat untuk bertanding di Sentosa atau Dengkil, manakala MCA menyasarkan Kuala Kubu Bharu.

Pada 11 Jun lalu, Pengerusi PH Selangor Amirudin Shari berkata kedua-dua gabungan gagal mencapai kata sepakat bagi tiga kerusi.

Pada PRU14, calon PH yang bertanding atas tiket PKR menang di Sentosa dengan majoriti 33,600 undi, Dengkil (6,934 undi), dan Kuala Kubu Bharu (7,134 undi). 0 FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.