`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Monday, June 19, 2023

Felcra laksana 4 projek mega ternakan ayam pedaging

 

Zahid Hamidi berkata, selain membantu menambah bekalan ayam di pasaran projek mega ternakan ayam pedaging juga membuka peluang pekerjaan kepada peserta Felcra.

PETALING JAYA: Felcra Berhad telah melaksanakan empat projek mega ternakan ayam pedaging secara tertutup di kawasan luar bandar seluruh negara bagi menampung keperluan bekalan makanan.

Timbalan Perdana Menteri Zahid Hamidi, berkata projek itu, dilaksanakan di Tanjung Seratus, Kuala Rompin (300,000 ekor/pusingan); Sungai Damak, Lipis, Pahang (250,000 ekor/pusingan); Padang Terap, Kedah (250,000 ekor/pusingan), dan Paloh 4, Gua Musang, Kelantan (250,000 ekor/ pusingan).

Beliau yang juga menteri kemajuan desa dan wilayah, berkata projek mega ternakan ayam pedaging secara tertutup tersebut, berpotensi mengubah landskap sebuah pekan kecil atau desa kepada persekitaran berkualiti.

Ads by Kiosked

“Inisiatif ini akan memberi manfaat kepada generasi warga peserta untuk membina kerjaya serta menjana pendapatan, selain dapat mengisi kekosongan jawatan yang akan ditawarkan.

“Ia dapat dilakukan melalui pelbagai aktiviti penjanaan ekonomi setempat, seperti aktiviti perkhidmatan dan penyelenggaraan, kerja-kerja landskap, pembekalan, pembinaan dan kontrak serta aktiviti lain yang berkaitan,” katanya menerusi hantaran di Facebook.

Mengulas lanjut, Zahid berkata, program tersebut juga merupakan kesinambungan usaha kerajaan untuk terus meningkatkan taraf kehidupan rakyat, melalui Pelan Transformasi Felcra 2.0 dan seterusnya memperkukuhkan ekonomi negara secara keseluruhannya.

Beliau turut menegaskan isu keterjaminan makanan akan menjadi antara elemen penting dalam usaha berterusan kerajaan, untuk memastikan perancangan rantaian bekalan dalam negara terus berdaya tahan dan dapat memberikan kelangsungan kehidupan kepada seluruh rakyat Malaysia.

Projek mega ternakan ayam pedaging secara tertutup merupakan projek mega di bawah Rancangan Malaysia Ke-12 (RMK12) bagi membantu menambah bekalan ayam di pasaran dalam negara selain membuka peluang pekerjaan kepada peserta Felcra.- FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.