`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Sunday, June 18, 2023

Gagasan Rakyat siap sedia awal hadapi PRN Sabah

 

Hajiji Noor mengarahkan semua 73 bahagian Gagasan Rakyat bersiap sedia bagi memastikan kemenangan mereka dan Gabungan Rakyat Sabah pada PRN17. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Parti Gagasan Rakyat Sabah (Gagasan Rakyat) mula membuat persiapan bagi menghadapi PRN ke-17 yang dijangka diadakan kira-kira dua tahun, kata Presidennya Hajiji Noor.

Beliau turut mengarahkan semua 73 bahagian parti itu bersiap sedia awal bagi memastikan kemenangan mereka dan Gabungan Rakyat Sabah (GRS).

Hajiji yakin Gagasan Rakyat mempunyai masa depan cerah di Sabah berdasarkan sambutan semakin memberangsangkan rakyat yang mahu parti tempatan menjadi platform membela nasib mereka.

Ads by Kiosked

“Kita tubuh parti ini bukan mudah, semua tahu perjalanan politik kita di Sabah ini berliku dan penuh cabaran hebat.

“Saya yakin dengan Gagasan Rakyat, Insya-Allah perjuangan parti tempatan ini kita dapat angkat bersama GRS untuk Sabah. Inilah gabungan besar yang akan kita pakai dalam PRN akan datang.

“Kita mahu menyatupadukan rakyat kerana kita sudah mengalami pelbagai gelombang cabaran politik Sabah. Bukan mudah untuk kita sampai ke kedudukan kita hari ini sehingga berjaya menggunakan parti tempatan,” katanya ketika melancarkan Gagasan Rakyat bahagian Pitas, semalam, menurut Berita Harian.

Ketua menteri Sabah itu berkata, perjuangan mereka akan memberi isyarat jelas kepada parti pembangkang di Sabah bahawa Gagasan Rakyat dan GRS akan menjadi platform politik kuat di negeri itu kelak.

“Kita pilih parti tempatan, cukuplah kita ikut parti nasional. Sekarang tiba masa untuk kita pakai parti tempatan, tapi kita tidak boleh gaduh dengan parti nasional. Kita mesti juga kawan dan bekerjasama dengan parti nasional, tetapi keutamaan kita ialah parti tempatan.

“Kita juga mesti kuatkan GRS dan kerjasama dengan rakan komponen kerana kalau kita bersatu padu, kita akan lebih kuat dan maju. Kita perlu belajar daripada kesilapan lalu, kita banyak bergaduh menyebabkan orang lain mengambil kesempatan.”

Ads by Kiosked

Gagasan Rakyat dilancarkan 2 Mac lalu dan merupakan parti sedia ada yang dijenamakan semula selepas Hajiji bersama semua bekas wakil rakyat Bersatu Sabah meninggalkan parti itu.

Ia merupakan komponen utama GRS yang turut dianggotai Parti Bersatu Sabah (PBS), Parti Solidariti Tanah Airku (STAR), Parti Maju Sabah (SAPP), Pertubuhan Kebangsaan Sabah Bersatu (Usno), Parti Harapan Rakyat Sabah dan Parti Liberal Demokratik (LDP). - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.