`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Sunday, June 18, 2023

Kami sedia bincang projek, Ahli Parlimen PN beritahu Anwar

 

Ahmad Fadhli Shaari berkata beliau dan Ahli Parlimen PN sentiasa terbuka berunding selepas Anwar Ibrahim menyatakan pembangkang masih enggan mengadakan rundingan.

PETALING JAYA: Ketua Pemuda PAS dan Perikatan Nasional (PN), Ahmad Fadhli Shaari menyangkal dakwaan perdana menteri dengan berkata, Ahli Parlimen pembangkang sedia berbincang dengan kerajaan bagi meneruskan projek berkepentingan rakyat di kawasan mereka.

“Saya dan kawan-kawan Ahli Parlimen PN sentiasa terbuka, jemputlah kami bincang projek apa di kawasan kami.

“Entahlah bila yang dikatakan kami enggan terima pelawaan kerajaan itu, pelik ni.

Ads by Kiosked

“Lebih pelik lagi bila dikatakan 30 tahun kami tak bagi peruntukan, memang ajaib,” kata Ahli Parlimen Pasir Mas itu di Facebook.

Semalam, Anwar Ibrahim dilaporkan berkata, beliau sedia meluluskan segera projek di kawasan pembangkang, namun perlu melalui proses rundingan.

Katanya, walaupun beliau sudah meminta Timbalan Perdana Menteri, Fadillah Yusof berbincang dengan Ahli Parlimen pembangkang, namun tiada sebarang perjumpaan diadakan.

“Tetapi, sampai sekarang pihak pembangkang enggan mengadakan perundingan. Terus kecam kata kita tidak bagi kelulusan, (kita) zalim,” katanya semalam. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.