`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Monday, June 19, 2023

Jangan curi aksesori keselamatan di Lebuhraya Pan Borneo

 

Douglas Uggah Embas berkata, meminta kerjasama pengguna lebuh raya itu menjaga aksesori keselamatan. (Gambar Bernama)

PETALING JAYA: Timbalan Premier Sarawak Douglas Uggah Embas menasihatkan pemandu supaya mematuhi peraturan semasa menggunakan Lebuhraya Pan Borneo (LPB) berikutan beberapa siri aduan dan isu kecurian aksesori amaran keselamatan di tapak pembinaan di sepanjang lebuh raya itu.

Beliau juga meminta Jabatan Kerja Raya (JKR) dan kontraktor projek pembinaan LPB di negeri in supaya menggantikan penghadang plastik, lampu berkelip, dan papan tanda keselamatan yang dicuri atau rosak serta meningkatkan pemantauan peralatan keselamatan sebaik sahaja ia diganti atau diperbaiki.

“Saya minta pasukan (pembinaan lebuh raya) mengkaji semua (isu) ini dan terus memantau keadaan…bukan hanya membaiki dan melupakannya…minta kerjasama pengguna lebuh raya supaya biarkan peralatan keselamatan ini,” katanya menurut Bernama.

Beliau berkata demikian selepas meninjau Kontrak Pakej kerja 06 (WPC06) LPB dekat Jakar, Sarikei.

Beliau mengulas aduan bahawa kehilangan peralatan keselamatan – kemungkinan besar disebabkan oleh pemandu kenderaan yang mengalihkan penghadang untuk membuat pusingan U bagi mengelak daripada perlu menempuh jarak jauh untuk membuat pusingan P.

Menurutnya, tindakan tidak bertanggungjawab itu telah menyebabkan beberapa kemalangan jalan raya di bahagian lebuh raya yang belum siap itu.

Aduan mengenai tahap keselamatan LPB dipersoalkan berikutan kemalangan di KM52, Jalan Sibu-Bintulu dekat Selangau pada 5 Jun yang mengorbankan lima orang, termasuk seorang kanak-kanak berusia dua tahun selepas laluan bahagian Jakar dinaiki air selepas hujan lebat.

“Pemandu kenderaan perlu mematuhi papan tanda jalan dan had laju untuk memastikan keselamatan diri. JKR dan kontraktornya perlu mengambil serius aduan dan kebimbangan orang ramai, mencari penyelesaian dan membetulkan keadaan segera,” katanya. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.