`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Saturday, June 17, 2023

Jangan ‘sesatkan’ fikiran rakyat, timbalan menteri bidas Ahli Parlimen PAS

 

Timbalan Menteri Wanita, Keluarga dan Masyarakat Aiman Athirah Sabu meminta Ahli Parlimen Kuantan Wan Razali Wan Nor mengkaji dahulu sesuatu isu sebelum mengulas mengenainya.

PETALING JAYA: Seorang timbalan menteri Amanah membidas kenyataan Ahli Parlimen Kuantan Wan Razali Wan Nor mengenai pakaian jururawat yang “menampakkan bentuk badan”, dengan berkata ia “menyesatkan”.

Timbalan Menteri Wanita, Keluarga dan Masyarakat Aiman Athirah Sabu berkata, isu itu tidak akan menjadi perdebatan, membuang masa Dewan Rakyat, sekiranya wakil rakyat PAS itu tahu garis panduan yang menetapkan pakaian jururawat tidak boleh ketat dan mesti labuh melepasi pinggang.

“Ini menampakkan satu lagi kelemahan, kaji dulu sebelum ulas. Kita ini bercakap dalam Parlimen, bukan warung kopi kampung.

“Jangan ‘sesatkan’ fikiran rakyat dengan ceteknya pengetahuan kita,” kata ketua Wanita Amanah itu kepada FMT.

Khamis lepas, ketika Dewan Rakyat membahaskan Kertas Putih Kesihatan yang menggariskan strategi bagi reformasi sistem kesihatan, Wan Razali menarik perhatian kepada pakaian jururawat yang menurutnya menampakkan bentuk badan dan tidak patuh syariah.

Kenyataan itu kemudian mendapat kritikan kesatuan jururawat dan pakar-pakar bidang yang menyifatkannya sebagai “memalukan”, ketika orang ramai bimbang tentang kemampanan sistem kesihatan.

Aiman turut menyifatkan isu dibangkitkan Wan Razali itu sebenarnya “agak lucu”, namun memahaminya kerana menurutnya, begitulah cara ahli PAS berfikir, menggunakan agama untuk menghukum pihak lain.

“Agama sepatutnya digunakan sebagai cara hidup setiap individu, masing-masing berusaha menjadi lebih baik pada pandangan Allah,” katanya.

“Elok Ahli Parlimen berkenan lihat dulu pakaian pasukannya kalau betul-betul cakna, dan bukan sekadar bertindak populis yang akhirnya menzahirkan sikap tipikal mereka yang fikir mereka lebih suci daripada orang lain.” - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.