`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Sunday, June 25, 2023

Rogol anak sepupu, warga emas dipenjara 36 tahun, 3 sebatan

 

Tertuduh didakwa merogol mangsa, yang ketika kejadian berusia 15 tahun lapan bulan, di sebuah rumah di Besut pada Mac dan Jun 2019. (Gambar AFP)

PETALING JAYA: Seorang warga emas dijatuhi hukuman penjara 36 tahun dan tiga sebatan di Mahkamah Sesyen Besut kerana merogol anak sepupunya empat tahun lepas.

Hukuman itu diputuskan Hakim Ahmad Fadhli selepas mendapati tertuduh berusia 70 tahun itu didapati bersalah atas tuduhan dikenakan.

Tertuduh didakwa merogol mangsa, yang ketika kejadian berusia 15 tahun lapan bulan, di sebuah rumah di Besut, pada pertengahan Mac 2019.

Menurut Harian Metro, dia didakwa melakukan kesalahan sama terhadap mangsa di alamat sama pada akhir Mac dan Jun 2019.

Bagi setiap kesalahan itu, tertuduh didakwa mengikut Seksyen 376(2)(d) Kanun Keseksaan, dan dia dijatuhi hukuman penjara 12 tahun dan satu sebatan bagi setiap tuduhan.

Mahkamah mengarahkan hukuman penjara berjalan secara berasingan bermula hari ini.

Bagaimanapun, mahkamah membenarkan penangguhan hukuman dengan jaminan RM15,000.

Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Nik Rabiatul Adawiah Soupy, manakala tertuduh diwakili peguam daripada Tetuan Wan Haron Syukri & Nordin. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.