`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Sunday, June 4, 2023

Selepas 66 Tahun Merdeka 'Rakyat Terbanyak' Akan Terus Niaga Tepi Jalan Dan Tepi Longkang. Pandailah Engkau.

 


  • seru kerajaan negeri tingkat usaha naik taraf warung, gerai
  • perlu membangun kemudahan itu
  • menyumbang pendapatan rakyat terbanyak
  • perancangan jelas menaik taraf, mengindahkan gerai, warung seluruh negara
  • usaha membangun kemudahan rakyat terbanyak
  • wajah suram medan selera, gerai dan warung di seluruh negara
  • mengangkat martabat golongan pendapatan rendah
  • beberapa bulan ini  kerajaan negeri keluar rencana sendiri di seluruh negara
  • agar tidak sekadar menjadi slogan kosong semata-mata


My Comments :

Dari dulu sampai sekarang depa semua sudah ada rancangan mahu tolong rakyat terbanyak. Ingat tak Bazaar Ramadan? Ingat tak Medan Selera? Ingat tak Food Court? Semua dapat free - kerajaan negeri, majlis perbandaran, PBT siapkan.

Kalau tak ada Medan Selera its ok,  boleh letak warong dan gerai merata tempat. Waste disposal senang saja - buang sisa makanan dalam longkang atau sungai terdekat. Maka terjadi negaraku indah, cukup rezeki bagi tikus dan lipas. 

Tetapi kenapa selepas 66 tahun warong dan gerai masih suram, muram dan suam saja? 

Kualiti makanan macam itu saja. Tetapi harga pula sama dengan harga restoran.

Tak payah bayar sewa, tak payah sijil Fomema bagi pekerja asing, tak payah 'grease trap' (yang perlu bagi restoran 'lain-lain').  

Lepas tu 20 gerai sekali jual pisang goreng. Atau sup tom yam. Atau nasi lemak. Atau benda warna merah yang depa rebus tu. (What the hell is that?)

Sejak 66 tahun Merdeka bilangan warong yang graduate menjadi restoran (yang boleh bayar sewa, boleh upah pekerja dengan sijil Fomema, yang kualiti dan rasa makanan memang gred A) boleh dikira dengan jari sebelah tangan saja. This is for the whole country. 

Is this what you call naikkan martabat? Mungkin kita perlu bincang apa maksud sebenarnya martabat?

Warong itu tidak boleh naikkan martabat. Warong itu tepi jalan dan tepi longkang. 

The views expressed are those of the writer and do not necessarily reflect those of MMKtT.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.