`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Saturday, June 10, 2023

Umno sudi terima kembali bekas ahli, tarik balik penggantungan jika tak serang dari luar

 

Pimpinan Umno terbuka untuk menerima saranan para perwakilan tentang menerima kembali ahli yang dikenakan tindakan disiplin, kata Presiden Zahid Hamidi.

KUALA LUMPUR: Umno sudi menerima kembali bekas ahli dan mereka yang digantung keahlian sekiranya tidak menyerang parti itu dari luar, kata Presiden Zahid Hamidi.

Beliau berkata kelakuan mereka selepas dihukum akan menunjukkan sama ada mereka setia atau membinasakan parti.

“Kita mahu lihat selepas tindakan itu sama ada mereka benar-benar ‘orang parti’ atau gunting dalam lipatan. Kalau benar ‘orang parti’ mereka tidak berkokok di sana sini. Kalau sayangkan parti, mereka harus akur,” katanya ketika menggulung perhimpunan agung Umno 2023 petang tadi.

Ads by Kiosked

Zahid berkata pimpinan parti sentiasa terbuka untuk menerima saranan para perwakilan tentang menerima kembali ahli yang dikenakan tindakan disiplin.

Beliau turut mempertahankan tindakan yang diambil terhadap individu terbabit, mengatakan ia dilakukan secara profesional.

Sementara itu, pada sidang media selepas ucapannya, Zahid berkata rayuan bekas ahli akan diputuskan selepas meneliti laporan Lembaga Disiplin.

Semalam, bekas Ahli Parlimen Pasir Salak, Tajuddin Abdul Rahman yang digantung keahlian enam tahun muncul di PAU 2023, dan meminta pimpinan parti membuat keputusan segera mengenai rayuannya.

Tajuddin mendedahkan beliau telah merayu tiga kali namun sehingga kini belum ada jawaban daripada parti.

“Jangan lah buat saya macam budak-budak, saya pun ada maruah,” katanya, dan menambah rayuan terbaharu dibuat pada Mac.

Ads by Kiosked

Beliau digantung keahlian pada Oktober, menyusuli kritikan-kritikan lantang terhadap kepimpinan Zahid. - FMT

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.