`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Saturday, June 10, 2023

Zahid jumpa Najib di penjara, komited bela bekas PM

 

Presiden Umno, Zahid Hamidi, dan bekas perdana menteri Najib Razak berbincang selama 1 setengah jam di Penjara Kajang. (Gambar Bernama)

KUALA LUMPUR: Presiden Umno Zahid Hamidi mendedahkan beliau bertemu Najib Razak di Penjara Kajang, baru-baru ini, untuk menyatakan komitmen Umno dalam memperjuangkan pembebasan bekas perdana menteri itu.

Katanya, beliau meluangkan masa hampir dua jam bersama Najib, dengan ditemani ahli majlis kerja tertinggi (MKT) Umno, Shamsul Anuar Nasarah.

Beliau turut membawa semua makanan kegemaran Najib dan sempat menikmatinya bersama.

“Kami sempat makan tengah hari bersama. Selepas setengah jam kami berjumpa, saya berjumpa empat mata pula dengan Najib selama 1 jam 30 minit,” katanya ketika menggulung perhimpunan agung Umno 2023 petang tadi.

“Tak perlulah saya ulas apa yang dibincangkan tetapi (saya nyatakan) mandat dari bahagian. MKT tetap komited untuk membela Najib mendapat keadilan sewajarnya,” tambah Zahid yang disambut laungan “Bossku” oleh perwakilan.

Zahid turut mendedahkan, Najib sedang melanjutkan pengajian peringkat doktor falsafah (PhD) dari penjara.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.