Ketua Penerangan Zawawi Othman berkata pihaknya akan akur dengan keputusan pucuk pimpinan.


Ketua Penerangan Zawawi Othman berkata pihaknya akan akur dengan keputusan kepimpinan tertinggi parti sekiranya model kerjasama seperti di Negeri Sembilan mahu dilaksanakan di negeri berkenaan.
Bagaimanapun, katanya, kerjasama politik perlu berasaskan persefahaman bersama dan tidak boleh mengabaikan batas yang dipersetujui, terutama apabila salah satu pihak mempunyai kedudukan lebih dominan.
“Setiap kerjasama pasti ada garis merah yang perlu dihormati oleh kedua-dua pihak.
“Kerjasama akan berjalan selagi tiada perkara tidak baik berlaku antara satu sama lain,” katanya kepada FMT.

Sementara itu, Ketua Umno Perlis Rozabil Abd Rahman berkata belum ada sebarang rundingan dengan PN mengenai kerjasama menghadapi pilihan raya di negeri itu.
Katanya, BN yang tidak mempunyai sebarang kerusi di DUN Perlis kini menumpukan usaha memperkukuh parti di semua kawasan DUN dan Parlimen.
“Dalam situasi BN tidak mempunyai sebarang kerusi di DUN Perlis, kami bekerja dan memberi tumpuan kepada semua kawasan DUN dan Parlimen,” katanya.
Zawawi dan Rozabil diminta mengulas kemungkinan kerjasama BN-PN diperluas ke Kelantan dan Perlis, dua negeri yang dikuasai PAS.
Pada pilihan raya lalu, BN hanya memenangi dua daripada 45 kerusi DUN Kelantan, manakala gagal memperoleh sebarang kerusi di Perlis.
BN dan PN sebelum ini bekerjasama pada PRN Negeri Sembilan sebelum membentuk kerajaan selepas kedua-dua gabungan memenangi 25 daripada 36 kerusi DUN. - FMT

No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.