`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Tuesday, December 21, 2010

EXPOSED: ROMANCE BETWEEN PERMAISURI SITI AISHAH AND SYED ABDULLAH AL ATTAS (COURT VERDICT)


Monday, December 20, 2010

Keputusan perbicaraan antara Uncleseekers dengan Mohamed Areef bin Mohd Batcha

Keputusan perbicaraan antara Uncleseekers dengan Mohamed Areef bin Mohd Batcha

(a)

(b)

(c)

Nak story sikit.

Bertolak dari Janda Baik tepat pukul 7.00 pagi bersama Apek dan pengurus Team PSI saudara Zelmey. Tiba di Mahkamah Jalan Duta sekitar pukul 8.15 pagi. Minum pagi sehingga pukul 8.45 pagi. Peguam Wan Azmir datang ke meja kami sekitar 8.45 pagi sambil berkata

"Ustaz Areef ada diatas!"

Sukanya hati saya, tuhan saja yang tahu.

Sekitar pukul 9.10 pagi menuju ke mahkamah Tinggi Sivil NCvC2 dan ternampak papan kenyataan (a). Sementara peguam Wan Azmir masuk kedalam mahkamah, saya dan Apek bergambar kenangan (b). Tetiba datang 2 orang wartawan dari 'Bernama' (kalau tidak silap) memanggil nama saya

"Uncle"

dan seorang gadis yang manis orangnya dari Utusan Malaysia (kalau tak silap kot!)

Sekitar 10.15 pagi, Wan Azmir memanggil kami masuk. Saya ternampak Areef dan isterinya duduk dibelakang sekali sebelah kanan. Kami bertiga duduk dibarisan kedua sebelah kiri.

Lebih kurang 5 minit kemudian keluar sosok lelaki berusia sekitar lewat 50 tahun berambut putih keluar dari bilik lantas seorang anggota polis berbangsa India atau mungkin Singh berusia pertengan 50 tahun berkata "Banguunnn".

Saya perhatikan wajahnya. Air mukanya tenang, adil, berpengalaman, pintar kerana dahinya luas dan pada pendapat peribadi saya orangnya baik .

Pendekkan cerita, aku dipanggil untuk masuk kandang saksi. Jeng...jeng..jeng..

Seperti biasa dalam filem kenalah baca pengakuan sambil angkat tangan kanan....bla bla bla..tiada yang benar melainkan yang benar...(terasa macam berlakon plak)

Peguam Areef pun mulalah tanya aku pelbagai soalan (tak silap aku lebih 20 soalan). Ada 4 soalan yang aku celaru sebab dia pandai pusing ayat. Biasalah.."Lawyer" tapi aku tabik dengan dia sebab pandai buat aku jadi 'blur' sekejap. Camnerpun aku tak kisah sebab aku tahu aku dipihak yang benar.

Walaupun aku memandang muka peguam Areef ketika menjawab semua soalannya namun aku perasan Hakim Tuan Prasad Sandosham Abraham sentiasa memerhatikan aku setiap kali aku menjawab soalan peguam tersebut.

Aku seronok apabila Hakim tersebut menegur tidak kurang 6 kali soalan yang dikemukan pada aku oleh peguam Areef. Sukanya bila Hakim menyebelahi aku dan menegurnya. Bangga siot!

Setelah selesai soalan dari peguam tersebut, Hakim mohon berehat 15 minit (aku tak berapa pasti bahasa mahkamah).

Ketika aku menuju kepintu keluar, Aku ternampak Areef tersenyum pada aku. Aku menyapa dia terlebih dahulu

"Apa Khabar"

dan Areef menghulur tangan untuk berjabat dan aku menyambut jabatnya.

Kalau tidak silap, hampir 12 tahun aku tak bersua dengannya. Selepas itu kami berbalas senyuman sambil melangkah keluar.

Kami bertiga keluar kebilik air untuk merokok. Sedang kami berbual tetiba peguam areef pun muncul, aku pun menegur

"Hello bro"

lantas dia menjawab

"Hi"

kemudian dia berkata lagi

"Jangan berkecil hati tadi,"

dan aku menjawab pula

"Saya faham, anda menjalankan tugas"

dan dia berkata lagi

"You steady jer tadi jawab soalan I"

Aku gelak kecil. Dalam hati dia tak tahu aku 'blur' dua tiga kali bila kena 'pusing ayat'

dan kami pun berbual kosong. Kemudian beliau memohon beransur.

Habis sahaja bara api dirokok, kami bertiga masuk semula kedalam mahkamah. Aku terkejut apabila ternampak Areef duduk betul-betul dibelakang kerusi aku. Dia menegur aku,

"Sejukkan dalam ini?"

Aku membalas semula

"A..ah"

Dalam hati kecil, aku dapat merasai sesuatu yang dia ingin berkata sesuatu yang penting. Seperti biasa sikap Zelmey yang suka buat lawak sehingga aku terlupa Areef dibelakang sehinggalah terdengar suara

"Banguuunnn..."

Nama Areef dipanggil pula. Kini giliran peguam saya pula saudara Wan Azmir untuk mengasak pelbagai soalan. Dalam hati kecil saya berkata, "Hebat juga lawyer aku ni. Walaupun orangnya kecil tapi handsome dan pandai plak saiko orang yang dituduh. Memang kami amat rapat tetapi aku belum pernah lihat dia beraksi digelanggang mahkamah"

Aku teringat kata-kata abah semasa aku berumur sekitar darjah lima,

"Habiblah,orang yang bersaiz kecil ni, selalunya akal panjang. Cuba lihat orang-orang Jepun"

Dipendekkan cerita kalau tak silap aku, keputusannya akan diketahui pada 30hb Disember 2010. Lepas tu kami pun lepaklah sebentar diruang luar pintu mahkamah dan mengambil gambar kenangan bersama saudara Wan Azmir (c). Wan Azmir mengajak kami makan nasi ayam di Amcorp Mall di Petaling Jaya. Apabila kami baru saja hendak melangkah pergi tiba-tiba isteri Areef membuka pintu itu dan berkata

"Siapa Wan Azmir?"

beliau mengangguk kepala dan terus masuk kedalam mahklamah semula sambil berkata pada aku

"Sekejap ye bro"

Selepas kami bertiga menunggunya sekitar 15 minit dan dalam hati aku puas membebel

"Perut dah lapar ni.Pebenda plak mamat ni buat dalam mahkamah lagi?"

tetiba saudara Wan Azmir muncul sambil tersenyum dan tiba-tiba sambil dahinya berkerut sambil memandang tepat pada wajah aku. Suspen siot!

Wan berkata, tadi tuan hakim ada puji kau, dia kata...jeng... jeng... jeng...

"Sepanjang hidup saya, ini adalah kali pertama saya berjumpa dengan saksi yang paling jujur!"

Itulah kata-kata dari Hakim Tuan Prasad Sandosham Abraham kepada peguam Wan Azmir dan peguam Areef . Tak percaya? Tanyalah peguam Wan Azmir sendiri, peguam Areef, Zelmey danApek.

To Seek The Truth


courtesy of Uncleseekers

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.