`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Saturday, October 15, 2011

Bajet 2012- bajet pilihanraya. bahagian 1.


At least the TPM was blunt enough - it is an election budget. No two ways about it.

Convincing them it is a bad budget is a futile exercise.

It is a sedative designed to lull the masses for short period of time the one time handout will sooth their immediate pain. Once they have the cash in hand, the goodwill stays and election will make them forget the pain that is coming. They dont understand bonds, economic forecast, govt borrowings, FDI and other economic terms. Once they see the money at hand, they get a warm fuzzy feeling from the people that gave it to them. Lepas tu election pulak - aiseh, sure pangkah gomen punyalah... So, here we go again - BN need the masses to stay stupid. If they know what the government is doing they will disagree. So, they keep them simple folks stupid. Next election sure menanglah... All the rational voices are the minorities. You, Dato', know that this is Sisyphean effort. Endlessly laborious and futile. Those reading your blogs would parrot your view - but what can they do to change the people ignorance? How do you convince the smiling folks who got to shake hand with the elites that they got the short end of the stick? How do you tell the makcik felda that the rich are creaming her children's future? We all agree to this reality - some spew vitriolic words to emphasize the point. Readers of this blog - your voice doesnt matter. You are outnumbered 10 to 1. Your hand is tied. Your leg is tied. Now you fight with this evil government. Sure kalah la, bang. Apa lagi kalau ada pengundi hantu. Korang nak lawan macamana hantu dan setan ni? Jangan syok sendiri tengok blog yang support your theories and hypotheses, the real work is 100 times harder out there. suggest that if you want to see change, dont just read the blogs. Go out there and reach the folks. Dont talk about this budget.

Make them see the injustice, corruption and swindling. Make them realize this government is stealing from them and their kids. Make them realize that this government is misusing their power to enrich the few.

Work is hard, journey is long. I dont think this evil will die in 13th GE. It will take few more - but the work must continue. Aim high, try hard. Then pray. The sooner this evil fall, we will have a more secure future for our kids.

Melayu Baru

Saya suka komen oleh seorang pembaca yang menggelar diri nya Melayu Baru. Kita tidak tahu dia sokong siapa, tapi pandangan nya amat di hargai. Saya amat besetuju bahawa isiu untuk meyakinkan pengundi mesti di kekalkan mudah dan senang di fahami. Untuk menang, mengikut pandangan Melayu Baru tunjukkan kepada rakyat:-
1. Kezaliman, penipuan dan rompakan yang berleluasa
2. Yang berkuasa dan kuat mencuri dari rakyat dan anak cucu mereka
3. Yang berkuasa salah guna kuasa mengayakan diri mereka dan konco2 mereka

Kalau mengikut pandangan sahabat saya The Oracle of Syed Putera, cara nya lebih mudah dan praktikal. Semasa kempen, kamu hanya perlu mempamirkan poster2 cincin, beg tangan, subang, gelang dan perkara2 seumpamanya. Rakyat lebih mudah faham cara tersebut. Pamirkan juga gambar rumah PPRT, pondok buruk, jalan pecah, kekotoran dalam kampong dan bandar, Samping Flats. Tu sahaja.

Sekali lagi , saya ucapkan terima kasih kepada Melayu Baru. Hanya, ingin lah saya memberitahu beliau, bahawa apa yang di sebut, pasti di canang oleh ramai orang bila tiba masa nya. Tapi buat masa ini, elok saya memberi komen saya tentang bajet 2012 dalam Bahasa Melayu. Tujuan nya , pada peringkat ini ialah meningkatkan kesedaran di kalangan cerdik pandai supaya mereka dapat menjadi jurubicara dan jurucakap menerangkan keadaan nya kepada audiens yang sesuai.

Saya harap, seperti orang lain, saya baca bajet 2012 banyak kali, untuk mencari dasar dasar yang akan menghasilkan trasformasi besar besaran. Tersangat kureng. Saya baca versi BM dan BI. Versi BI lebih direct. Versi BM biasalah- dengan istilah2 yang mengasyikkan. Sisir masa, luwes, dan lain lain lagi.

Adakah dengan bercakap sahaja dan melaungkan slogan dan akronim, sudah memadai untuk transform ekonomi kita?

Kita mulakan dengan slogan 1 Malaysia- hampir semua mamat UMNO menolaknya sebab mereka mahu prisip Melayu di dahulukan. Rakyat tidak faham apa tujuan 1 Malaysia. Muka Dato Najib naik sempar bila perwakilan UMNO pada perhimpunan Agung tahu lalu menempelak dan menolak gagasan 1 Malaysia. Sekurang nya orang Islam tahu apa tujuan hudud yang mahu di laksanakan. Sekurang kurang nya, matlamat menghudkan masyarakat di jadikan faktor penyatu dan pengikat kesetiaan rakyat kepada kerajaan PAS. PAS lagi professional Nampak nya dari fofesyenal pemimpin UMNO.

Orang Melayu sendiri pun akan menolak UMNO bila mereka tahu UMNO mengamalkan prinsip Bumiputera di dahulukan- kelompok putera di depan- putera raja, bangsawan, anak menteri dan pembesar di depan, sapu semua. Siapa dapat AP? Anak raja. Raja kapoor, raja pakau, raja botol itu dan ini. Siapa dapat kontrak besar2? Golongan bangsawan dan berkuasa. Di mana anak2 Bumi yang mendokong kumpulan terpilih ? di belakang mengharapkan ehsan daripada pembolotan sang putera. Kebajikan putera di dahulukan. Kebajikan anak bumi di belakangkan.

Projek khas? mengGamudakan. MenSyedMOkhtarkan. Pemajuan hartanah? mengSPSetiakan. MengSunwaykan. MenYTLkan. MengBerjayakan. Industri Penerbangan? MengAirAsiakan. Kita lihat the same players yang mengaut segala peluang dan golongan baru yang baik dengan PM dan isteri.

Lagi segera Dato Najib faham dan sedar bahawa idea 1 Malaysia nya adalah suatu non-starter lagi baik. Baik kita cari other workable initiatives. Rakyat tahu 1 Malaysia adalah suatu ilusi untuk mengkhayalkan rakyat bahawa negara ini di bangunkan oleh perpaduan antara semua kelompok dalam Malaysia. Semua orang suka dengar bahawa tidak ada siapa yang akan tercicir dan tertinggal diatas gerabak lokomatif yang bergelar 1 Malaysia. Berikan candu dan madat kepada rakyat supaya mereka khayal untuk memberi laluan seluas mungkin kepada golongan yang benar2 memerintah dan menentukan perjalanan negara ini terus berkuasa. Siapa mereka? Yang berkuasa dan golongan perkasa ekonomi.

Jadi apa dia ETP atau Economic Transformation Plan? Adakah pegawai kerajaan mendetailkan apa yang di perlukan oleh Malaysia? Tidak ada yang jauh dari kebenaran selain dari konsep auta ETP ini. Ianya hanya koleksi perancangan bisnes syarikat syarkat besar. Komisyener yang menjaga ETP memanggil ketua2 syarikat besar memberitahu mereka- tolong kemukakan business plan kamu kerana kita hendak gabungkan jadi satu Economic Masterplan. Apabila sudah di kumpul, syarikat perunding seperti McKinsey di bayar untuk menyalin kulit dan mengemukakan cadangan yang baru.

Rakyat akan mengambil bahagian dalam ekonomi baru tersebut? ETP ada sasaran2 ekonomi terpenting( National Key Econmic Areas). Ini semua di bahagikan antara syarikat besar dan golongan kaya dan berkuasa. ETP dengan NKEA nya pada prinsip nya bagus. Yang kurang bagus ialah mengapa bisnes2 ini sudah di resebkan untuk mereka yang tertentu?

Erti nya, ETP secara keseluruhan nya, adalah business plan untuk kelompok elit dalam negara ini yang terdiri dari yang berkuasa dan golongan yang sudah pun kaya.
Kita mulakan dengan ETP dengan NKEA- national key economic areas nya. Ini pada dasar nya betul. Yang tak betul ialah kita telah menempah dan meresebkan tempat untuk syarikat terpilih mengemudi NKEA tersebut. Dalam dailog dengan Pemandu, adakah Tony Fernandez beri pendapat bagaimana industry penerbangan sepatutnya di perlakukan?

Saya mesti sebut sedikit mengenai gabungan antara MAS dengan Air Asia ini. Kepada saya, deal MAS-AA ini di rencanakan oleh Khazanah, CIMB dan Air Asia. CIMB jadi broker atau dalam sebutan CEO nya, sebagai mak andam sahaja. Saya ibaratkan peranan CIMB sebagai Haman moden. Pada zaman nabi Musa AS, Haman jadi broker kepada Firaun sahaja. Dalam zaman moden serta sains dan teknocoli ini, Haman jadi broker untuk kedua dua Musa dan Firaun. Dasyat Haman moden.

Perbandingan mudah yang boleh saya buat , saya ambil dari cerita Sepah menjual lemang. MAS( Sepah) menyuruh Amir( Air Asia) mengendalikan penjualan lemang sementara mereka ke surau. Si Amir ambil lemang yang baik dari dapur Sepah dan jual sebagai lemang nya sendiri. Bisnes Amir meningkat sementara bisnes Sepah merudum. Serupa lah hal nya bagaimana kita memperlakukan MAS.

Kita jemput Fernandes sebab ilmu mamat ini lebih terror dari semua yang graduate dari Cambridge dan Oxford dan dalam dunia ini, tidak ada orang lain yang faham mengenai industri penerbangan. Ala Wok! Air Asia banyak hutang . pandai mana lah mamat mamat di Air Asia tu. Akhirnya kerajaan Malaysia lah yang akan menanggung beban hutang apabila Fernandes pilih untuk cash out atau mengangkat bendera putih. Lagi pun kita sebenarnya tidak tahu berapa banyak pegangan ekwiti Fernandes.

Come on- mamat di Khazanah tidak bolehkah mencari CEO dalam industry ini untuk membetulkan MAS? Kenapa tidak MAS buat macam Sepah akhirnya, taruh lada dan apalagi bahan kedalam lemang Amir? We should be competing with Air Asia bukan menjemput AA mengurus MAS. Apa jadi kepada penstrukturan semula dan penjuruteraan semula oleh mamat Sarawak dahulu? Dia semai benih kehancuran atau kemajuan? Hmm,mungkin lebih baik kita lantik kumpulan lawak Sepah mengurus Khazanah.

Posted by sakmongkol AK47

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.