`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Monday, October 3, 2011

Termakan budi, tergadai jiwa dan raga?


Ada seorang pembaca blog saya menegaskan janganlah menganggap apabila orang Melayu menyokong UMNO dan BN, mereka itu bodoh. Izinkan saya memberitahu terlebih dahulu, saya tidak berkata demikian- yang saya sebut ialah pemimpin membodohkan orang Melayu. Ada perbezaan besar antara bodoh dan di perbodohkan. Tapi itu menjadi topic lain pula yang kita tidak akan bahas disini.

Itu bukan bodoh, itu membalas budi kata nya. Mereka hanya membalas budi kepada sebuah kerajaan yang telah memberi mereka banyak nikmat kehidupan. Orang berbudi kita berbahasa, demikian natijah dari pendapat nya.

Saya amat bersetuju dengan pendapat pembaca ini. Kerana ini akan bermakna, orang Melayu yang menyokong kerajaan2 di negeri Kelantan, Kedah, Selangor dan Pulau Pinang mesti di lihat sebagai berterima kasih juga. Mereka pun tidak bodoh tapi sekadar berterima kasih. Mereka berterima kasih kepada kerajaan2 yang telah membantu mereka dalam pelbagai cara. Bukan begitu? Mustahil apabila orang Melayu menyokong UMNO mereka berterima kasih, tapi bila mereka menyokong parti lain, perbuatan tersebut tidak di kira sebagai berterima kasih?

Saya berharap pembaca tersebut tidak bermaksud hanya UMNO sahaja berhak menerima terima kasih dari orang Melayu. Sudah tentu pandangan seperti ini tidak boleh di terima kerana UMNO tidak ada hakmilik mutlak keatas sokongan orang Melayu. Malah dalam pilihanraya 2008, UMNO tidak mampu menyatakan bahawa mereka mewakili suara majorti orang Melayu. Dalam PRU itu, lebih ramai orang Melayu menyokong parti bukan UMNO. Bagaimana kita mengklasifikasikan mereka? Murtad Melayu? Tidak mengenang budi?

Di sebalik kenyataan yang pious ini sebetulnya terkandung cerita mengenai pertalian antara rakyat dengan kerajaan. Tersirat dalam kenyataan tersebut ialah bagaimana orang Melayu melihat peranan kerajaan dalam kehidupan mereka. Kalau di Amerika, mesej nya lebih kurang akan berbunyi-jangan soalkan apa negara kamu boleh buat kepada kamu, tanyakan apa yang kamu boleh buat untuk negara kamu. Negara dalam konteks ini, kerajaan lah. Atau gantikan negara dengan istilah kerajaan. Dari sini kita akan lihat pertalian antara manusia dengan kerajaan nya.

Dari komen pembaca itu, kita dapat mengagak bahawa kerajaan di lihat sebagai penjaga dan rakyat di lihat sebagai yang di jaga. Dan itu membawa 2 pengertian besar; Pertama, kerajaan adalah penjaga yang penuh dengan sifat keibuan menjaga anak anak. Kedua, tanngung jawab menentu masa depan kita di serahkan keatas bahu kerajaan.

Mungkin disinilah, iaitu didalam cara orang Melayu melihat peranan dan tempat kerajaan dalam kehidupan mereka, terkandung benih2 kemunduran. Inilah sikap inherent weakness yang kita mesti kikis- yakni menganggap kerajaan itu tempat kita bergantung segala nya dan tempat sumber rezeki hidup. Sikap seperti ini lah yang menyebabkan pemegang tampuk kerajaan membuli kita, angkuh dan sombong kepada rakyat kerdil. Kerajaan itu penaung dan kita yang bernaung , kerajaan itu tuan, kita hamba. Dan kepada si pengampu , konsep kerajaan seperti ini mahu mereka kekalkan. Selagi kerajaan di lihat demikian rupa, ianya memberi mereka a sense of supremacy dan mungkin juga khayalan godlike.

Sikap melihat kerajaan sebagai deity yang mesti di taati dan di puja, paling ketara di kalangan orang Melayu dan UMNO bertanggung jawab memanjangkan sikap yang melemahkan bangsa Melayu. Selagi kita mempunyai sikap yang demikian, selagi itulah kita terus bertongkat kepada kerajaan. Orang Melayu akan jadi tamby yang tertunduk tunduk tidak ada keyakinan diri. Kita tidak boleh meneruskan ketergantungan sebegini kerana dengan melakukan demikian, memberi peluang kepada pimpinan politik yang licik mengeksploitasi ketergantungan kita itu.

Berbalik kepada komen yang di berikan oleh pembaca tersebut, saya tidak menyebut nya demikian rupa- saya hanya memberitahu bahawa pemimpin Melayu membodohkan bangsa nya sendiri supaya mempercayai mereka mempunyai banyak kelemahan. Seolah olah lemah dan tidak bermaya itu adalah kesemulajadian orang Melayu. Mereka di bodohkan dengan tahyul bahawa jalan selamat ialah melalui bergantung terus kepada kerajaan. Dan bukan nya kerajaan yang mana mana tapi suatu kerajaan yang khusus iaitu UMNO. Tidakkah kenyataan seperti ini self serving?
Ini kenyataan yang self serving sebab kerajaan yang di maksudkan itu terdiri dari kerajaan yang di ujudkan oleh satu parti politik khusus sahaja. Tidak kah layak kerajaan dari parti bukan UMNO di jadikan sumber rujukan? Selagi bangsa Melayu terus percaya kepada pembodohan ini, maka bangsa Melayu akan terus menjadi suatu bangsa yang dependent.

Kita mesti konsisten dalam gesaan kita. Jika menyokong UMNO di anggap sebagai terima kasih kepada kerajaan yang memberi faedah serta kemudahan kepada mereka, prinsip yang sama mesti juga di pakai keatas kerajaan2 yang bukan UMNO. Kerajaan bukan UMNO di Kelantan, Kedah, Pulau Pinang dan Selangor semua nya menabur budi kepada orang Melayu. Berdasarkan gesaaan pembaca blog yang saya rujuk, maka orang Melayu dalam negeri negeri ini mesti juga berterima kasih kepada kerajaan2 ini dan terus menyokong mereka. Hanya dengan cara demikian, kita konsisten dalam pandangan kita. Jika menyokong itu bermakna berterima kasih, ia nya mesti di gunakan dalam semua keadaan. Berterima kasih dan mendapat sokongan tidak lagi menjadi hak ekslusif UMNO.

Cuba kita orang Melayu fikirkan. Jika orang Melayu bersikap bergantung kepada kerajaan secara membabi buta, ianya bertentangan dengan piagam seorang manusia yang mereka.
Apakah piagam seorang manusia yang merdeka? Seoarang manusia yang merdeka dan mempunyai jati diri( bukankah pemimpin UMNO sentiasa berkhutbah mengenai jati diri dan yakindiri) meyakini bahawa masa depan mereka adalah tanggung jawab mereka sendiri bukan menyerahkan tanggung jawab tersebut pada kerajaan. Kerajaan bukan lah tuan kepada orang yang menghambakan diri mereka.

Sebuah kerajaan hanyalah suatu wadah dan jalan, bukan nya pemberi nikmat dan keistimewaan jauh sekali sesuatu yang mesti di sembah. Manusia yang merdeka itu bertanya apakah yang mereka dapat lakukan melalui kerajaan untuk melaksanakan tanggungjawab bagi mencapai matlamat hidup dan yang paling penting sekali melindungi kemerdekaan mereka sebagai manusia.
Ini titik tolak perjuangan orang Melayu sebenarnya. Kerajaan yang di bentuk oleh PAS, UMNO, DAP atau PKR sekali pun bukanlah tuan kepada kita yang hamba. Bukan mereka sesuatu yang harus kita sembah dan takuti. Kerajaan ialah sesuatu yang kita ujudkan melalui persetujuan atau consensus bersama bukan sesuatu yang ujud diatas kita. Tidak ada wawasan nasional kecuali yang di kongsi bersama oleh rakyat dan matlamat kerajaan adalah matlamat yang di yakini bersama dan yang di perjuangkan bersama. The government cannot impose something over us which we the people find disagreeable.

Dan di sanalah letak nya bahaya kepada UMNO. Sebab UMNO masih kekal dengan mentaliti bahawa dia kerajaan yang menjadi tuan kepada orang Melayu dan bersikap dia pemberi sumber kehidupan kepada orang Melayu. UMNO tiada, orang Melayu mati. Dan UMNO itu Melayu , Melayu itu UMNO.
Mari kita analisa kenyataan yang mengandung 2 bahagian ini- Melayu itu UMNO dan UMNO itu Melayu.

Kedua bahagian kenyataan atau pernyataan tersebut tidak mencerminkan aspirasi seorang Melayu yang berjiwa merdeka. Sama seperti tanggapan orang Melayu terhadap sebuah kerajaan,demikian lah tanggapan orang Melayu kepada UMNO. UMNO itu tunjang kerajaan yang menjadi tuan kepada orang Melayu, UMNO itu penjaga dan kita yang di jaga. Orang Melayu memuliakan UMNO sebagai sesuatu yang mesti di taati malahan di sembah dan apa orang Melayu boleh buat ialah mengharapkan pemberian dari UMNO.

Oleh sebab kepercayaan ini, nilai pemimpin UMNO bersifat sombong, angkuh, membuli dan memandang rendah kepada rakyat. Nilai silai ini di perlihatkan dalam gaya hidup seharian majority pemimpin UMNO. Inilah yang membawa kecundang kepada UMNO dalam pilihanraya yang akan datang.

Bagaimana keadaan begini dapat kekal untuk masa yang lama? Ianya kekal kerana tahap kejahilan dan kesedaran social dan politik orang Melayu relative masih rendah. Dimana tahap kejahilan berkurang, dan kesedaran politik dan social meningkat, pengaruh UMNO menurun.

Nampak nya UMNO hanya mampu ujud dan survive selagi sebahagian besar masyarakat Melayu khususnya kekal dalam kejahilan. Kita boleh lihat di hadapan mata kita sendiri bagaimana kekuatan UMNO menjadi lemah apabila kesedaran rakyat khususnya orang Melayu meningkat. Dalam kawasan bandar di mana kejahilan orang Melayu berkurangan sama ada melalui tahap pendidikan yang di capai atau melalui interaksi sosial yang rancak, sokongan dan keyakinan kepada UMNO merosot.

Hari ini orang Melayu tidak perlu berhijrah ke bandar secara fisikal kerana penghijarahan itu kini sampai kepada orang Melayu. Orang Melayu membaca serta menonton TV satelit dan melayari internet serta anak anak mereka menyedarkan mereka – semua ini sedikit demi sedikit mengurangkan kejahilan orang Melayu.

Apakah kesan terbesar daripada pengurangan kejahilan ini? Kesan terbesar ialah memecah kekangan minda di kalangan orang Melayu. Namun bila ini terjadi, ianya tidak semesti menjadi berita baik kepada parti politik lain. Mereka pun mesti adjust kepada keadaan dimana kesadaran rakyat mengenai hak2 mereka dan kejahilan di pecahkan. Mana mana kerajaan yang di kuasai oleh parti politik yang bukan UMNO berdepan dengan bahaya yang serupa jika underestimate kemahuan rakyat.

Sekarang, izinkan saya deal dengan penegasan menyokong UMNO itu ialah menyatakan terima kasih.

Jika menyokong UMNO bererti menyatakan terima kasih, maka dalam PRU 2008, lebih besar jumlah orang Melayu tidak berbahasa. Kerana dalam PRU 12 itu, daripada 5.7 juta pengundi Melayu, hanya 2 juta Melayu mengundi calon2 UMNO. Berdasarkan kriteria yang di gunakan, adakah ini bererti 3.7 juta Melayu tidak tahu beterima kasih sebab mereka tidak menyokong calon UMNO? Lebih dasyat, jika menyokong UMNO itu berterima kasih dan bukan bodoh, boleh atau tidak kita menyatakan 3.7 Melayu yang tidak menyokong UMNO dan tidak tahu berterima kasih itu bodoh belaka?

Ada beberapa perkara yang saya dapati objectionable dengan pertuduhan ini. Pertama, adakah berterima kasih itu bersifat umum atau hanya khusus kepada UMNO? Ia nya hanya di anggap berterima kasih dan berbahasa jika di beri kepada UMNO dan tidak jika di beri pada parti plitik lain? Jika hanya kepada UMNO, maka prinsip berterima kasih itu bersifat politik dan particular dan tidak boleh di pakai sebagai prinsip yang universal. Ertinya, pembaca berkata, ianya terima kasih jika di beri kepada pihak tertentu, bukan terima kasih jika di beri kepada pihak lain.

Kita jangan terperangkap dalam hujjah demikian. Tidak ada orang yang menganggap orang Melayu bodoh kerana menyokong UMNO atau BN. (1) berterima kasih bukan erti nya bodoh dan tidak menyokong UMNO atau kerajaan tidak bererti tidak tahu berterima kasih atau tidak berbahasa. Jadi, teruskan membuat pilihan yang bebas kerana jika tidak menyokong tidak bererti kamu bodoh atau tidak berbahasa (2) berterima kasih bukanlah perbuatan yang tidak bersyarat dan (3) berterima kasih dari segi pengucapan dan tidak boleh sama dengan beterima kasih dari segi perbuatan.

Yang di katakan berterima kasih dari segi perbuatan ialah menyokong pihak yang terlah berbudi. Berterima kasih jenis ini memerlukan syarat. It’s a qualified gratitude. Untuk apa kita berterima kasih? Mangsa kecurian mesti berterima kasih kepada pencuri? Rakyat yang di tindas mesti berterima kasih kepada kerajaan yang korap dan zalim?

Ini ertinya, perbuatan terima kasih itu mesti di padankan dalam konteks. Adakah kita berterima kasih keada kerajaan yang zalim? Jika kita bersikap demikian, maka mustahil berlaku nya pemberontakan di Egypt,Tunsia dan sekarang ini Libya. Kesemua kerajaan tersebut telah menabur budi yang banyak kepada rakyat. Jika rakyat memberontak adakah itu bermakna mereka tidak berterima kasih?

Contoh yang kita berikan diatas menunjukkan bahwa perbuatan berterima kasih mesti di padankan dengan konteks. Terima kasih yang kita beri terutama dalam konteks politik, mesti lah terima kasih yang bersyarat.

Adakah prinsip berterima kasih itu tetap di pakai untuk semua kerajaan atau hanya untuk kerajaan UMNO? Jika ianya prinsip yang bersifat kekal dan konsisten, maka ianya di pakai dalam semua kes tanpa pengecualian. Oleh yang demikian, berdasarkan prinsip tersebut, rakyat harus juga berterima kasih kepada kerajaan PAS di Kelantan dan Kedah, kerajaan DAP di Pulau Pinang dan kerajaan PKR di Selangor. kerajaan dalam negeri negeri ini telah juga berbakti kepada rakyat dlam negeri masing?

Will the same principle than be applied in all cases without exception? Atau terima kasih itu hanya di kuhussukan untuk kerajaan UMNO dan BN sahaja?

Jelas lah terima kasih kepada kerajaan bukan nya mutlak dan semudah pengucapan terima kasih dalam interaksi social. Terima kasih kita kepada kerajaan mestilah dan pada setiap masa, terima kasih yang qualified. Its always a qualified gratitude bukan gratitude secara sembrono dan membabi buta.

Posted by sakmongkol AK47

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.