`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Wednesday, November 9, 2011

Surat pembaca mengenai listing Felda Global Ventures Bhd.

Ini lagi surat ( ada 4 semua- yang pertama sudah di siarkan) dari pembaca yang memberi pandangan nya/mereka kepada rancangan penyenaraian Felda Global Ventures. Sidang pembaca tentu ada membaca artikel yang menyokong dan mengwarwarkan penyenaraian tersebut sebagai suatu langkah yang baik untuk memperkasakan ekonomi Bumiputera. Kita tidak memaki hamun pandangan tersebut dengan kata nista atau melakukan seranganad homiem kepada mereka yang menulis menyokong penyenaraian tersebut. Sebaliknya, kita menghasilkan penghujjahan untuk menawarkan pandangan yang berbeza. Mudah mudahan dengan melakukan perbandingan, kita dapat membentuk pendapat untuk membuat penghukuman.
Sekian…………..sakmongkol ak47.

CEO FELDA GLOBAL VENTURES, DATO SABRI AHMAD DAHULU BENCIKAN CAMPUR TANGAN POLITIK, KINI JILAT LUDAHNYA KEMBALI
Dari sumber-sumber yang rapat dengan Dato Sabri Ahmad, CEO Felda Global Ventures, berasa hairan dengan perubahan sikap Dato Sabri Ahmad yang begitu taksub dengan pengerusi lantikan politik Felda iaitu Tan Sri Isa Samad.Sabri dahulu pernah mengeluh bahawa skandal kerugian Golden Hope Plantation bernilai RM120 juta dibawah tanggungjawab beliau sepatutnya diletakkan atas bahu orang lain dan bukan dirinya sahaja. Sabri Ahmad juga pernah menyumpah seranah Tun Musa Hitam, Pengerusi Sime Darby dan Sabri begitu tegas dengan pendirian beliau bahawa orang politik tidak patut masuk campur dalam urusan tadbir korporat dan penjawat awam. “Saya hairan dengan pendirian 360 darjah Dato Sabri Ahmad dalam isu terbaru Felda iaitu isu penyenaraian dan rampasan kuasa pengerusi koperasi Felda . Dahulu Dato Sabri berkata beliau menerima paksaan meletak jawatan di Sime Darby atas dasar prinsip beliau yang benci campur tangan politik. Namun jelas beliau boleh dibeli kali ini dan pastinya gaji, elaun dan ‘remuneration’ diterima dari Felda Global Ventures terlalu bernilai untuk dilepaskan dan mungkin juga ada bahagian untuknya apabila Felda Global Ventures disenaraikan kelak. Beliau pun dah tua, lebih kurang sebaya saya dekat 65 tahun, tak larat nak ada prinsip lagi agaknya, takkan nak berhenti kerja dan cari kerja lagi. Baik beliau sapu dulu duit Felda, di Felda pun kalau tak salah Dato Sabri (berstatus) kontrak sahajakan?”

Seorang lagi sumber menyampuk bahawa “Jangan lupa kawan-kawan bila sudah kaya ya Dato? Dahulu dalam usaha kami menyelamatkan karier Dato Sabri, kami pernah buat Solat Hajat di Masjid Syakirin KLCC supaya Tun Musa Hitam jatuh dan kami turut mendapatkan bantuan Pakatan Rakyat. Tak lama kemudian Dato Sabri dilantik jadi Pengerusi MPOB, hal itu reda sementara sehinggalah sekali lagi beliau diganggu ahli politik UMNO supaya bersedia melepaskan jawatan tersebut kepada MP Johor Bahru, Shahrir Samad. Memang betul-betul meluap kemarahan beliau kepada orang UMNO. Ayat bencikan orang UMNO dan campur tangan UMNO memang bermain di bibirnya sehinggalah beliau dilantik sebagai CEO Felda Global Ventures. Kini beliau bagai menjilat ludahnya kembali tapi kalau itu boleh buat beliau kaya raya, apa salahnya. Kawan-kawan boleh tumpang senang dan apabila Felda telah disenaraikan, masyarakat luar seperti kami boleh masuk merebut peluang saham, menjadi lembaga pengarah dan menguasai perniagaan dalam Felda yang selama ini untuk orang Felda sahaja. Dato Sabri mesti bagi kawan-kawan satu industri plantation yang berniaga seperti kami masuk dalam Felda, takkan beliau tak ingat kawan-kawan” kata sumber itu lagi sambil tersenyum.

Surat ke 3

CERAH MASA DEPAN PENYENARAIAN FELDA DAN WARGA PENEROKA DI BAWAH DATO SABRI AHMAD DAN ISA SAMAD
Masa hadapan FELDA terutamanya peneroka dijangka lebih cerah di bawah Sabri Ahmad dan Isa Samad berdasarkan latar belakang kedua-duanya yang cemerlang di sisi PM Najib.

Di dada-dada akhbar utama dan media alternatif pada 11 Jun 2008, terpapar berita menggemparkan industri perladangan apabila Sabri Ahmad sebagai CEO Golden Hope Plantation Berhad dipaksa meletakkan jawatan di atas skandal kerugian sebanyak RM120 juta.Beliau didapati bersalah oleh Sime Darby melalui siasatan forensik audit KPMG dan didapati terlibat dalam skandal Golden Jomalina Food Industries. Rujuk http://findarticles.com/p/news-articles/new-straits-times/mi_8016/is_20080611/sime-fires-2-execs/ai_n44404255/

Tindakan Lembaga Pengarah Sime Darby yang menuntut perletakan jawatan Sabri Ahmad adalah sebagai jawapan kepada soalan Parlimen yang dikemukakan YB Tuan Wee Choo Keong (WangsaMaju) kepada YAB Perdana Menteri untuk menyatakan tindakan yang telah diambil kepada Dato Sabri Ahmad, Ketua Pegawai Eksekutif Golden Plantation Bhd, subsidiary kepada PNB, kerana mengakibatkan kerugian bernilai RM120 juta dalam pasaran hadapan minyak sawit mentah pada Julai 2007 dan menjual pada masa hadapan harga minyak mentah sawit pada harga RM2,000.00 kepada Mewah Oils Sdn. Bhd., yang dikawal oleh seorang pedagang Singapura yang telahdidakwa di mahkamah kerana kesalahan memalsukan dokumen.

YB Wee Choo Keong dikatakan mempunyai maklumat penuh skandal kerugian tersebut yang dibekalkan oleh bekas akauntan Golden Jomalina yang dikenali dengan nama Mr. Ng dan kini menetap di Singapura. Kekukuhan bukti dan dokumen tersebut serta bukti siasatan audit forensik KPMG menyebabkan YAB PM, Tun Musa Hitam (Pengerusi Sime Darby) dan Lembaga Pengarah Sime Darby meminta Sabri Ahmad meletakkan jawatan dengan segera.

Manakala Isa Samad terkenal kerana dihukum oleh UMNO sendiri atas kesalahan rasuah dan ini belum lagi dibongkarkan kembali penyelewengan dan rasuah semasa beliau menjadi Menteri Besar Negeri Sembilan selama 22 tahun.

Apa dia Sabri Ahmad? Apabila Felda disenaraikan, Felda bakal jadi lebih telus dan kurang ketirisan?Bukankah Golden Hope Plantation itu syarikat yang telah disenaraikan di bursa tetapi dirugikan RM120 juta oleh Sabri Ahmad dan didapati BERSALAH DAN DIMINTA MELETAKKAN JAWATAN oleh Lembaga Pengarah Sime Darby sendiri. Aduhai, terkena orang FELDA kali ini.Sudahlah dipaksa menerima Pengerusi Felda disabitkan kesalahan rasuah, CEO Felda Global Venture pula bekas buangan Sime Darby kerana terlibat penyelewengan danmerugikanSime Darby.Wahai PM Najib yang dikasihidandisokongolehwarga Felda, inikah balasan kebaikan warga Felda terhadap kemenangan BN melalui peti undi Felda selama ini? Warga Felda juga semakin muak dengan ‘kehebatan’Sabri Ahmad di Felda Global Venture dengan kerugian terus menerus TRT Holdings dan banyak lagi pelaburan luar Felda Global Ventures di luar negara seperti yang disebut Anwar Ibrahim di parlimen sebelum ini dan lebih banyak lagi pendedahan akan dibuat Anwar berkaitan kerugianpelaburan Felda Global Ventures yang mana wang Felda yang rugi berjumlah hampir RM2 billion ringgit itu boleh menampung aktivitisosio-ekonomi peneroka seperti pendidikan dan pembesaran rumah selama setahun setengah. Berapa banyak anak Felda tidak dapat ke luar negara kerana penuhi nafsu Isa Samad dan Sabri Ahmad nak melabur luar negara seperti lawatan Isa Samad dan Sabri Ahmad yang turut disertai oleh Tun Mahathir ke Myanmar baru-baru ini. Kalau dikira-kira pulangan pelaburan luar negara Felda di bawah tanggungjawab Sabri Ahmad, hendak balik modal semua perbelanjaan penerbangan tiket kelas pertama dan belanja-belanja mewah beliau di luar negara pun tidak lepas. Inilah nasib warga Felda peneroka dan kakitangan yang telah berhempas pulas bermandi darah dan peluh buka dan jayakan Felda serta menyokong BN setiap pilihanraya, dan akhirnya PM Najib menghantar golongan kapitalis, penyeleweng dan penjenayah pula yang duduk di kerusi utama Felda Global Ventures dan menikmati semua kemewahan Felda, kerusi empuk dan meja import luar negara, berhawa dingin dan dibuatkan minuman setiap pagi.


Surat ke 4 akan di siarkan dalam siri yang berikut nya.

Posted by sakmongkol AK47

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.