`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Wednesday, May 9, 2012

Dibawah Lindungan Hipokrasi(2)



bersambung dari bahagian 1...

Macam mana pegawai kerajaan seperti ini, yang ada pelajaran, boleh berkelakuan begini? Jawapan nya ialah kerana otak pemberian Tuhan yang ada pada nya tidak di guna. Sebaliknya, emosi yang tidak rasional di guna. 

Seperti yang kita tahu, bahagian emosional otak kita lebih developed daripada bahagian rasional. Berzaman pegawai kerajaan UMNO berkuasa, bahagian rasional otak kurang di gunakan. Kerana selama ini, meyakinkan orang ramai secara berotak tidak perlu; hanya perlu perintah dan perintah di ikut. 

Bahagian tidak rasional- kerakusan kuasa dan tamakkan kekayaan menjadikan pegawai kerajaan UMNO little Napoleons. Apabila rakyat bangkit, Napoleon bantut ini tidak faham bagaimana menangani kebangkitan kesedaran kecuali dengan ratapan emosi. Sayang sekali zaman, rakyat ikut babi buta dan bersikap saya yang menurut perintah sudah berakhir. Ia berakhir sejak 2008. 

Dengan jumlah penduduk 65% Bumiputera dan Melayu, bolehkan rakyat Malaysia menerima PM bukan Bumi pada waktu ini? Sebetulnya, ini bukanlah isiu yang besar sangat kecuali ketika puak UMNO merasa perlu bersikap agresif keatas bangsa lain. Walhal bangsa lain tidak ambil pot pun. Bahkan memperakui bahawa ini negara Melayu dan politik akan sentiasa di dominasi oleh orang Melayu di terima sebagai realiti. 

kepada kebanyakan orang Melayu yang rasional, syarat Melayu tidaklah begitu penting mahu jadi PM di negara ini. menjadi seorang Muslim itu merupakan syarat yang lebih tepat. Tidak percaya? Bukankah kita ada seorang yang bukan Melayu tulin menjadi PM selama 22 tahun? Takde pun orang Melayu kecoh. Sekarang baru kita tahu, rupa2 nya Malay Dilemma di tulis oleh Mahathir untuk mendapat legitimacy sebagai Melayu tulin. Itu rupa nya muslihat Dr Mahathir- to produce something to earn the right to be a constitutional Malay. 

Persamaam yang dia ada dengan orang Melayu tulin ialah dia seorang Muslim. Jadi tak usahlah kita berpecah kepala dan naik sasau dengan isiu- jika UMNO tiada , orang melayu mati.

Jika Melayu UMNO di ganti, ianya di ganti oleh Melayu dari parti lain. Bukan Melayu UMNO sahaja yang Melayu. Parti PKR ada Melayu dan PAS yang lebih tulin Melayu pun boleh ganti. Tidak ada masaalah. Masaalah nya hanya ada jika kita boleh di bohongi dengan dakwaan bahawa hanya Melayu UMNO sahaja yang Melayu. 

Kelakuan sang pegawai dalam contoh kita hanya memerlukan dua ramuan- emosi dan memuji diri. Memuji diri maksudnya, mengaitkan segala kebaikan dalam masyarakat sebagai hasil dari UMNO. Jadi kalau rakyat mahukan kebaikan yang berterusan, sokong lah UMNO. 

Memuji diri sangat mudah di lakukan. Orang yang paling pandai memuji diri ialah Najib Razak, presiden UMNO. Tidak berapa lama dahulu, Najib masuk mewakili parti pembangkang ke negeri Selangor. dia di iringi dengan ribuan pasukan bermotor nya. Lalu dia melaungkan dia akan menawan Selangor. Adili lah saya atas rekod dan fikiran dan wawasan saya, laung Najib sambil menyapu lelehan air liur di tepi mulut nya. 

Maka kita jawab- apa rekod yang dia ada? Pada umur 28 tahun menjadi MB Pahang, apa yang dia dapat tunjukkan sebagai mercu tanda kemajuan negeri Pahang? Apa mercu tanda Pahang kaya dari hasil industri pembalakan nya? GLC negeri yang menjalankan perniagaan pembalakan pun hidup segan, mati tak mau. Hari ini, apa mercu tanda kekayaan Pahang dari sumber ladang sawit nya? Apa mercu tanda kekayaan dari hasil perlombongan nya? Yilek. Dan Pahang hanya boleh bangga dengan bajet RM 700 juta setahun? Sebagai MB yang termuda, Najib has left no landmarks and legacy in Pahang tapi meninggalkan negeri tersebut devastated economically. 

Rekod nya sebagai menteri pertahanan di cemari dengan skendel pembelian scorpene, pembelian pesawat udara dan APC. Kadar tambahan kolej swasta yang hidup atas bayaran PTPTN jadi maksima semasa Najib jadi menteri Pendidikan. 

Pendarahan dalaman Felda terjadi apabila Najib ambil alih sebagai menteri yang bertangung jawab keatas Felda. Dari reseb tunai RM 4 billion, bawah Najib reseb jadi RM 1 billion. Kos tanaman semula Felda jadi RM 10 ribu seekar berbanding RM 1 ribu lebih oleh IOI dan RM 3 ribu lebih oleh Sime Darby. Najib beri RM 250 juta ke pada usaha basmi kemiskinan di Sabah dengan duit Felda sedangkan Sabah ada hasil minyak dan kawasan Felda yang  jauh lebih kecil dari kawasan Felda Pahang, Terengganu atau Johor. Felda yang banyak wang- semua syarikat perladangan sawit buat untung, terpaksa meminjam daripada EPF sebanyak RM 6 billion. 

Jadi rekod apa yang Najib mahu kita mengadili nya?

Janganlah kita taksub sangat mengenai Najib menjadi PM ini. kelebihan yang dia ada hanya berbinkan nama yang baik. Pengajaran nya ke semua rakyat Malaysia- jika Najib boleh jadi PM Malaysia, sesiapa sahaja boleh. 

Kita jangan lupa bahawa semua idea besar nya- 1Malaysia, Model Ekonomi Baru- semua nya di tolak oleh perwakilan UMNO sendiri. Yang tinggal, untuk mendapatkan legitimacy sebagai presiden UMNO ialah perakuan dia anak Tun Razak!. Apabila Presiden UMNO hanya ada ini saja untuk meyakinkan perwakilan UMNO, ia nya bermakna, dia tidak ada perkara lain yang boleh meyakinkan rakyat Malaysia. Najib tidak faham- hari ini orang tidak lagi mementingkan asal usul dan darjat- rakyat lebih mementingkan apa yang boleh di capai melalui bakat pimpinan. 

Emosi dan pemujian diri amat mudah di lakukan. Yang sukar ialah menerangkan bagaimana orang Melayu yang beroperasi atas wadah politik selain UMNO yang bermuafakat antara satu sama lain boleh juga mendatangkan dan menghasilkan kebaikan serta faedah. Kerana ini memerlukan proses menganalisa yang menundukkan emosi. Ini sukar di lakukan oleh robot2 UMNO seperti sang pegawai diatas. Ia memerlukan penghujjahan yang sofistikated berbanding dengan menyemarakkan emosi. Dan bahagian emosional puak UMNO lebih besar dari bahagian rasional mereka walaupun dalam kepala orang yang berpelajaran seperti sang pegawai kerajaan. 

Jadi untuk menjawab siapa yang akan sengsara jika UMNO tumpas ialah: Yang habis ialah golongan seperti yang menangis tadi yang menunggang diatas belakang orang Melayu yang di perkudakan. Keadaan orang Melayu masih gagal di baiki. Yang habis ialah dedalu dan lintah yang menghisap kehidupan orang Melayu. 

3.7 juta pengundi Melayu dari 5.7 juta pengundi Melayu dalam tahun 2008, telah menolak kepimpinan UMNO. Sebab mereka tahu UMNO penipu. UMNO hanya berjuang untuk segelintir Melayu yang istimewa dan terpilih. Golongan istimewa ini terdiri dari putera orang bangsawan, putera pimpinan politik, putera pemimpin atasan, putera pegawai2 tinggi Melayu. UMNO memperjuangkan PUTERA dalam bumiPUTERA. Sang PUTERA berada di hadapan, mendahului mengaut dan mengapur semua faedah sementara sang bumi terpinggir dan tercicir di belakang. Si bumi menadah tangan meminta minta macam peminta sedekah mengharapkan ehsan sang PUTERA. 

Jangan orang Melayu memperpanjangkan keadaan demikian rupa lagi. Parti yang menyokong keadaan ini ialah UMNO. Jadi apa pasal kita mahu terus menyokong UMNO? UMNO adalah parti yang beyond redemption. Ianya tidak boleh di transformasi lagi biarpun berbuih mulut Pak Najib melaungkan slogan. Fakta nya, ialah mana mungkin Najib yang di tempa dari acuan Mahathir boleh melakukan trasnformasi. 

Mana ada dalam dunia ini, sesuatu bangsa itu menyandarkan masa depan dengan parti politik? Kita tidak memerlukan UMNO dalam kehidupan kita. Kita memerlukan kerajaan yang baik, di pimpin oleh orang yang berkualiti, sebuah kerajaan yang melaksanakan keadilan undang2. Kita memerlukan sebuah kerajaan yang di sokong oleh institusi2 sokongan demokrasi- institusi kehakiman, perkhhidmatan awam yang baik dan ahli parlimen bermutu yang komited kepada dasar2 awam yang benar2 meningkatkan kebajikan rakyat. 

UMNO ingat orang Melayu ni bingung ke? Parti Congress India jatuh, tidak pula kita lihat orang India hancur. Parti LDP Jepun jatuh, negara Jepun terus membangun. Parti Golkar yang boleh di kira UMNO Indonesia, jatuh, tidak pula kita lihat orang Indon mati. Jadi yang orang Melayu hendak taksub sangat dengan UMNO, apa hal? Biarkan lah orang Melayu yang berjumlah 2 juta dalam tahun 2008 terus menundi UMNO. Yang 3.7 orang Melayu tetaplah dengan keputusan tidak mahukan UMNO lagi. UMNO hanya mampu mendapat 35% sahaja undi orang Melayu.

Seperti kata orang Asli yang berceramah di Temerloh beberapa bulan yang lalu- biarkanlah lembu terus menjadi lembu, jangan kita pula jadi lembu. 

Dalam PRU yang akan datang, jumlah pengundi ialah sekitar 11.58 juta dan dari jumlah tersebut pengundi Melayu sekitar 6.37 juta. Jika prestasi UMNO kekal seperti tahun 2008, UMNO akan hanya dapat sekitar 2.3 juta sahaja. Mungkin yang 300,000 ini datang dari pengundi segera yang di berikan mykad segera. 

80% pengundi bukan Melayu telah pun menetapkan fikiran sejak tahun 2008 tidak mahu menyokong BN. banyak mana pun bunga malai yang di kalungkan oleh orang India pada leher PM Najib, majority orang India telah meninggalkan UMNO. 

Orang India yang terus mentyokong UMNO mungkin Keneth Eswaran dan Nalakaruppan sahaja. Eswaran supaya dia boleh terus membiayai beli belah kak Mah dan Nala supaya terus kekal dengan senator dan berniaga. 

Jadi kenapa orang Melayu nak gelisah dan resah? Majoriti penduduk negara ini masih orang Melayu. Jika UMNO di gantikan, pemimpin negara ini tetap orang Melayu juga.  Kalau di takdirkan Anwar Ibrahim jadi PM, yang kita hendak bermoral tinggi sangat apa hal? The UMNO leaders are just nasty fuckers as Anwar is. Kalau tidak mahu Anwar, kita jemput Tengku Razaleigh jadi PM. 

Jika pihak polis tidak melakukan kekerasan keatas pakcik dan makcik di dataran merdeka, adakah rakyat akan melawan polis yang bersenjata? Bersih bukan mengenai Anwar atau Azmin tapi mengenai rakyat berbilang kaum bersatu menuntut accountability dari kerajaan yang ada. Bersihkan daftar pengundi daripada pengundi haram. Beri airtime yang adil kepada pembangkang. 

Himpunan Bersih 3.0 adalah manifestasi rakyat mahu mengatasi/prevail angkara durjana dan murka yang di lakukan oleh UMNO. 

Maka apabila si mamat yang amat suka mendapat perkerjaan dengan Media Prima menyatakan bahawa Bersih 3 di hijack oleh PKR, dia sebetulnya menyediakan bola tanggung untuk semua industry propaganda UMNO dan BN bertugas 24 jam dan overtime. Sekoyong koyong, media industrial complex yang di kuasai oleh UMNO membelasah rakyat dengan menuduh Bersih 3.0 di rampas oleh pembangkang. Lebih dasyat, Bersih 3.0 adalah rencana rampasan kuasa secara kekerasan oleh pembangkang. 

Dan kenyataan bangang ini datang dari seorang mamat yang pernah memuji dan memuja Anwar Ibrahim sebagai Menteri Kewangan yang terbaik yang di hasilkan oleh Malaysia. Kenapa? Hanya kerana Anwar menggunakan istilah2 eksotik yang menyukakan hati pembaca cerita cerita hikayat. 

Apa yang UMNO dah buat kepada dan untuk orang Melayu? Jika sekarang UMNO  kehulu dan kehilir, terhegeh dan terdesak mendakwa jika UMNO  tidak ada, maka kepentingan orang Melayu akan terancam, ini suatu pengakuan yang menggegarkan empat penjuru alam. Jika UMNO tiada maka orang Melayu akan teraniaya, agama Islam terancam dan Raja2 Melayu akan di keluarkan- ianya bukti nyata lagi terang, bahawa setelah memerintah sekian lama, UMNO gagal melahirkan bangsa Melayu yang gagah perkasa. 

UMNO hanya berjaya melahirkan bangsa sabsidi yang mengharapkan UMNO.

Posted by sakmongkol AK47

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.