`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Wednesday, June 13, 2012

Jelitawan dan dakwat kekal, Muhyidin dan akaun bank, Najib dan masa depan




Kayveas , jelitawan dan dakwat kekal.

Hari demi hari, kita lihat para pimpinan UMNO dan parti komponen nya, mengeluarkan kenyataan2 kartun. Terbaru, kita membaca Kayveas dari parti peminta sedekah Malaysia, mengeluarkan kenyataan, dakwat kekal akan membuat gadis2 cantik tidak keluar mengundi. Ini sebab dakwat kekal akan melekat di jejari selama 3 bulan dan jelitawan2 ini mungkin tidak akan keluar dengan teman lelaki mereka.

Nyatalah kepada Kayveas jelitawan2 di Malaysia ini tidak ada apa2 di antara telinga mereka. They aredumb blondes yang tidak menawarkan apa2 kecuali yang ada celah kangkang mereka. Maka, kepada jelitawan2 Malaysia, saya menyeru kamu bangkit dan memecat orang2 seperti Kayveas keluar gelanggang politik Malaysia. 

Kedangkalan Kayveas di atasi hanya oleh tahap kesedaran rakyat Malaysia mengenai penganiayaan dan perlalunan yang di lakukan oleh kerajaan Malaysia di bawah UMNO.Kayveas akan terkejeut apabila mendapati jelitawan pun ada conscience.

Muhyidin dan akaun bank.

Kenyataan kedua ialah datang dari Moohyidin Yasin. Dia kata Anwar ada dana rahsia dalam akaun2 nya sebanyak RM 3 bilion. Setelah Anwar di tangkap, UMNO dan ejen2 rasmi nya dalam kerajaan- kerja mereka ialah round up kawan2 Anwar dan memaksa mereka dengan pelbagai cara `kreatif’ untuk menanda tangan bahawa Anwar melakukan 1001 macam kesalahan. Antara nya Dato Murad yang berkerja di Bank Negara ketika itu. tapi UMNO lupa bahawa perkara tersebut sudah pun di siasat dan di dapati tidak benar. UMNO pandai menuduh dan memfitnah tapi tidak mampu menyokong dan membuktikan tuduhan2 mereka. 

Tapi perkara bangang seperti ini memang sudah di duga datang dari parti yang hari  ini lebih terkenal sebagai parti pengedar vcd lucah dan parti pemasang kamera tersembunyi dalam tandas. Kepada rakan2 yang berbadan  besar jangan masuk tandas jika ragu2. Manalah tahu mungkin puak2 UMNO telah memasang kamera. Kemudian mereka akan buat rakaman vcd dan mengedarnya mempersenda orang2 yang badan sahaja yang besar, tapi kemaluan mereka kecil. 

Terlanjur Moohyidin mendesak kerajaan menyiasat akaun Anwar, baik kita desak juga siasat akaun Najib, akaun Rosmah, akaun Mooohyidin sendiri, akaun isteri Moohyidin, akaun anak Moohyidin, dan akaun semua menteri UMNNO. Baru adil. Dan para pemuda UMNO di Kuantan yang membentangkan kain rentang mendesak kerajaan menyiasat akaun Anwar, bentangkan lah banner suruh siasat akaun Moohyidin dan semua akaun menteri UMNO, isteri mereka dan anak mereka. Baru lah adil. 

Najib dan masa depan yang gemilang tanpa haramjadah.

Kenyataan yang lagi baghal datang dari pemimpin yang mengharamjadahkan peneroka Felda. Dia kata masa depan rakyat lebih baik dalam tangan BN dan UMNO. Maka kita tanya, macam mana rakyat mahu yakin, jika kamu hanya ada rekod masa silam yang muramm bolehkah mampu untuk menyediakan masa depan yang baik untuk rakyat? Maka menyahut cabaran supaya UMNO dan BN di adili diatas rekod masa silam nya:-
  1. Skendel Perwaja RM10 billion.
  2. Skendel dagangan matawang asing oleh Bank Negara RM30 billion.
  3.  Menyelamatkan STAR-LRT  RM3.256 billion.
  4. Pampasan kepada syarikat mengendali toll lebuhraya RM 38.5 billion
  5. Skendel pembuayaan Putra transport system,  RM4.486 billion.
  6. PKFZ -12 billion.
  7. Kontroversi Bank Islam RM700 million.
  8. M.V. Agusta & Proton hilang  RM 348 million.
  9. Royalty minyak Kelantan yang di kebas keraajaan Najib- RM7.4 billion.
  10. Pembaziran keatas Philharmonic Orchestra Petronas yang menelan belanja RM500 million.
  11. Menyelamatkan alaysia Airline System RM7.9 billion.
  12.  Najib dah belanja  RM3.2 billion mengajar Matematik dan Sains dalam bahasa Inggeris untuk 5 tahun
  13. Komisyen untuk beli jet dan kapal selam kepada  Perimekar & IMT Defence
  14. sebanyak RM910 million.
  15. RM1.3 billion terbuang membina kompleks Customs, Immig & Quarantine (CIQ) bila projek jambatan bengkok Mahathir di batalkan .
  16. RM 4.63 billion, ’soft-loan’ kepada PKFZ.
  17. RM250 million kepada keluarga Shahrizat untuk beli kondominium, kereta mewah dan bukak restoren .
  18.  RM 160 million untu 300 makmal komputer di Sabah – hanya 2 sahaja yang siap.

Jadi rupa rupa nya kita tidak tahu bahawa dalam tangan para lanun dan perompak, masa depan kita akan terjamin. Bagaimana kamu boleh menjamin masa depan yang lebih baik, jika masa silam yang kamu ada pun tidak dapat di urus dengan berhemah dan dengan integrity?

Posted by sakmongkol AK47

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.