`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Tuesday, July 24, 2012

Sultan, Mufti and Menteri Besar Johor Must Read This Article and Realise The Hardship Faced.


BANTU IBU RINGAN BEBAN: Cik Noraini bersama anak-anaknya selepas balik daripada menjual makanan.

JOHOR BAHRU: Tiga beradik berusia lapan hingga 11 tahun terpaksa ponteng sekolah kerana keletihan menjual nasi lemak bagi menampung keluarga.
Kakak sulung mereka yang berusia 16 tahun pula sudah berhenti sekolah disebabkan malu diejek rakan sebab gagal menjelaskan yuran sekolah.
Itu pengorbanan dan masalah yang membelenggu empat beradik terbabit.
Ibu mereka yang hanya mahu dikenali sebagai Cik Noraini, 35 tahun, amat kecewa kerana anak-anaknya itu tidak dapat meneruskan pelajaran seperti rakan lain sedangkan mereka ada potensi untuk maju.
"Pengorbanan empat anak saya begitu besar nilainya dan tiada tandingan kerana bersusah payah membantu saya meneruskan kehidupan harian dengan menjual makanan setiap hari tanpa mengira panas atau hujan.
"Mereka bukan sengaja ponteng sekolah, sebaliknya disebabkan keletihan kerana berjalan lebih tiga kilometer setiap hari menjual nasi lemak, mi goreng dan bihun goreng yang saya buat," katanya ketika ditemui di rumahnya di Kempas, di sini.
Cik Noraini berkata, beliau terpaksa bergantung kepada tiga anaknya: Hamirul, 11 tahun; Nabila, sembilan tahun dan Alyah, lapan tahun, mencari wang bagi menampung kehidupan kerana suami telah meninggalkannya dalam keadaan 'digantung tak bertali' sejak lima tahun lalu.
Menurutnya, berikutan itu tiga anaknya terpaksa ponteng sekolah lebih 100 hari, sejak Januari lalu.
Cik Noraini berkata tiga anaknya berjalan di sekitar rumah mereka di Kempas hingga ke Taman Cempaka di sini menjual makanan dengan hasil pendapatan RM40 sehari.
"Anak sulung saya kini bekerja sebagai juruljual di pasar raya berhampiran rumah dengan pendapatan bulanan RM500. Namun, RM400 daripada gajinya diserahkan kepada saya bagi menguruskan keperluan harian selain membayar sewa rumah, bil elektrik dan air," kata beliau.
Sementara itu, anak ketiga Cik Noraini, Nabila, berkata:
"Walaupun penat, kami kuatkan semangat. Kami berjalan dengan membawa bakul berisi makanan ketika panas atau hujan.
"Saya berpuas hati setiap kali makanan kami habis dijual kerana tahu dapat membantu ibu dan meringankan beban yang ditanggungnya."   - Kerajaan Rakyat

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.