`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Tuesday, October 16, 2012

Sangkakala untuk UMNO.



Marilah kita orang Melayu sedar, bahawa UMNO telah khianat kepada bangsa Melayu. Bukankah orang Melayu keluar berarak dan menentang Malayan Union dalam tahun 1946 kerana kerajaan colonial mahu memberikan kerakyatan dan kewarganegaraan kepada bangsa asing? Itulah motivasi pertama mengapa UMNO diujudkan dan menentang Malayan Union.

Hari ini apa sudah jadi? Prinsip dan pemangkin perjuangan orang Melayu sudah dikhianati UMNO. Hari ini UMNO lah yang membenarkan 3 juta warga asing menjadi warga negara Malaysia kerana mahu menyelamatkan keadaan mereka. 1946, UMNO dan Melayu bangkit menentang pemberian kerakyatan untuk menyelamatkan Melayu, hari ini, UMNO jual negara untuk selamatkan diri. Marilah kita menghukum pengkhianat negara dengan hukuman yang kita tahu yakni melucutkan mereka dari berkuasa.UMNO jual negara kita dan kita membiarkan ia dilakukan.

Kita jangan sekali kali memaafkan kesalahan dan kemungkaran hanya kerana pelaku nya Melayu. Kalau tidak, apa yang saya kata berulang kali sebelum ini, akan tiba suatu hari pesalah akan masuk rumah kita meniduri isteri dan anak perempuan kita, kita akan kata- tidak mengapa sebab pelaku itu Melayu dan UMNO pulak tu!

Rakyat sudah tidak minat dengar cerita dogeng Shahrizat. Dia berhenti kerana tidak mahu membebankan UMNO.antara yang menyuruh dia berhenti ialah pemimpin UMNO jugak, termasuk Dr Mahathir dan Rafidah Aziz. Mustahil, orang UMNO tidak percayakan Mahathir? dia kan Mursidul am parti syaitan UMNO?

ketika menyambut permukiman orang UMNO yang diangkut dengan bas ke Bukit Jalil- Najib kata dia nak mengadap Agung. Kenapa tak buat? Paling akhir, Najib kata PRU akan diadakan pada bila2 masa sebab BN sudah menepati semua janji. Jika demikian mengapa teragak agak lagi mahu mengadakan PRU?

Najib memekik dan menjerit sana sini untuk menaikkan semangat ahli UMNO. Di kalangan ahli UMNO yang masih setia kepada agenda perjuangan UMNO- membela agama, bangsa dan negara, pekikan dan lolongan tersebut mengangkat semangat. Tapi, mungkin juga kali ini, lebih dari 1 juta ahli nya akan tetap mengundi calun parti lawan. Dalam tahun 2008, calun UMNO hanya mendapat 2 juta undi pengundi Melayu. 1 juta ahli nya berhijrah kesetiaan.

Ahli UMNO sendiri meluat dan menyampah, agenda terbesar UMNO hari ini ialah bayar sini dan bayar sana. RM500 setelah 55 tahun, bererti nilai penerima hanya 2.49 sen sehari. Peneroka Felda yang mendapat durian runtuh RM 20,000 hanya mempunyai nilai 98 sen sehari. Itulah barisan hadapan transformasi luar bandar Najib.

setiap hari lapuran SB, JASA, KEMAS dan MIO berbeza beza. Pening kepala Najib. MIO kata kalau buat PRU, UMNO kalah. Tapi Rais Yatim kata, tak betul- kita boleh menang. Daim kata UMNO selesa dalam 3 buah negeri sahaja. Itu beberapa bulan yang lalu. Hari ini keadaan dalam 3 buah negeri tersebut pun sudah tidak menentu. Melayu Johor bosan tengok TV ¾, Utusex Malaysia, Berita Hairan. Orang Melaka tidak mahu dilahabaukan lagi. Orang Pahang dan jenuh dengan lanun dan perompak mengondoli bukit dan hutan negeri Pahang.

Hanya ada satu cara hendak membuktikan siapa salah dan siapa betul. Adakan PRU.

UMNO setiiap hari buat ceramah. Ceramah di TV, ceramah di Utsuan Malaysia dan akhbar2 arus perdana. Namun ribuan rakyat membanjiri untuk jumpa Anwar Ibrahim di Sutera Mall Johor dan di Sabah malah di serata tempat. Ribuan rakyat datang mendengar penerangan yang disampaikan oleh PAS. Orang Cina dan India- sudah bersedia hendak naik roket, pergi keBUlan mendapatkan KEADILAN.

Itu yang menyeramkan Najib. Dia tidak ada pilihan lain , hanya cakap besar dan tabor fitnah dan pembohongan. Pakatan tak boleh diharapkan? Mana dia tahu? Sebab bukan Pakatan yang menerajui kerajaan persekutuan dan mengawal khazanah negara? UMNO dan BN yang kawal sebab itu kita bajet deficit untuk kali yang ke16 tahun semenjak 1998.

Apa yang Najib buat dengan bajet 2013? Dia akan belanja 70% dari bajet dihalakan untuk belanja operasi. Sebab Najib suka beri duit rakyat kepada pemegang jawatan yang tidak optima. Dibawah Najib, 10 orang digunakan untuk mengesahkan mentol api terbakar dan setelah itu memanggil electrician menukar lampu. Itu pengurusan ekonomi Najib.

Najib kesana sini, menjerit dan terpekik terlolong. Seorang PM yang ingat dia masih ketua Pemuda UMNO yang berucap di stadium TPCA. Yang berucap berapi api  mahu mandi-darahkan bangsa lain, yang kena tangkap ISA beberapa pemimpin UMNO seperti Tajudin Rahman dan lain2. Adakah kita ingat Najib berani hendak memberhentikan orang UMNO macam Tajudin Rahman dan lain2? Mereka panglima, ketua mereka sissy.

Mereka masuk dalam, Najib cabut lari. Boleh kita bergantung kepada pemimpin yang ada 2 kualiti dasyat?- kurang pertimbangan dan penakut? Jahanam orang Melayu.

Orang Melayu tidak akan mati jika UMNO kalah. Yang mati ialah UMNO. 1 dari 7 orang Melayu dalam negara kita ialah ahli UMNO. Cuba beritahu saya, kalau seorang ahli UMNO ini kojol, adakah 6 lagi Melayu akan mati? Yang mati dan tewas ialah ahli UMNO. Melayu tetap selamat dan hidup.

Jadi kita pisahkah diri kita dari terperangkap dengan metos2 yang di canai oleh UMNO. Tak mati juga orang Melayu jika UMNO tewas. Orang Melayu kalau nak selamat, berkerja sama dan sokong PAS, PKR dan DAP. Selagi ada orang Melayu dalam parti2 tersebut, kepentingan orang Melayu tetap terpelihara dan dibela. Tidak tersebut dalam kitab mana2 yang boleh jaga dan membela orang Melayu ialah UMNO dan pemimpin UMNO.

UMNO dah ada 55 tahun peluang jaga agama, bangda dan negara? Apa jadi? 12% dari orang Melayu masih berada dibawah garis miskin yakni mempunyai pendapatan USD1 sehari. Orang Melayu berpendapatan RM100, orang Cina RM150 dan India RM 120. Apa yang dilakukan oleh UMNO? Setelah memerintah , kedudukan orang Melayu pun tidak mampu mereka bela.

Reality nya, UMNO mengayakan PUTERA dalam BUMIputera. Putera Mahathir, putera Pak Lah, putera pemimpin UMNO, anak2 Shahrizat, kroni mereka, peguam dan hakim yang dalam genggaman mereka. Dan bila mereka lakukan ini, Mahathir mahu merintih anak muda Melayu tidak mengenang budi? Anak Melayu berhempas pulas menggunakan kederat mereka sendiri, menggunakan apa yang ada dalam persekitaran yang UMNO ujudkan, anak PUTERA2 hanya perlu menggunakan dan mengeksploitasi kedudukan dan keturunan.

UMNO ialah parti untuk neo-feudalists. Agenda kita ialah menghumban mereka keluar. Saya syorkan orang UMNO teliti betul2 jadual dibawah ini. ini menujukkan kesimpulan suatu kajian statistic dan survey yang diberikan kepada saya. Ia menunjukkan berapa kerusi yang akan dimenangi oleh PR.

Kesimpulan nya. Di semanjanjung sahaja, PR mampu memang 109 kerusi. Tidak termasuk Sabah dan Sarawak. tinjauan konservatif menunjukkan bahawa PR boleh menang 12 kerusi parlimen di Sabah dan katalah, setakat ini, PR boleh menang 10 kerusi parlimen di Sarawak.

Kita akan menerangkan ramalan tersebut dalam artikel yang akan datang. Sementara itu, kita biarkan luncai2 UMNO terjun dengan labu2 mereka!.

Posted by sakmongkol AK47

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.