Almarhum Ayahandaku bersantapan disamping Raja DiHilir Perak, Raja Hisham (Orang Besar Jajahan Hilir Perak, di sebelah kiri bercermin mata) dan Raja Muda Musa Aziz di sebelah kanan. Gambar di Kelab Golf Sultan Idris Shah Teluk Intan... Paling kanan adalah isteri kepada Raja Muda Musa...
Anonymous said...
semoga Allah swt mencucuri rahmat keatas roh almarhum. sebagai hamba rakyat negeri perak izinkan saya untuk bertanya sebuah kisah yang barangkali boleh pak engku kongsikan bersama. ianya mengenai peristiwa sekitar tahun 81 atau 82 dimana negeri perak merayakan hariraya aidilfitri sehari lebih awal dari negeri2 lain di malaysia masa itu atas perkenan almarhum. barangkali ada cerita menarik yang boleh dikongsikan bersama sekelian hamba rakyat yang tidak mengetahuinya. wallahualam!!
10/15/12 2:03 PM
Gambar bersama nenda (atuk) Sultan Alang Iskandar Shah (kiri), Tengku Ahmad Shah (kini Sultan Pahang)
dan ayahanda ku Raja DiHilir Raja Idris Shah (kanan Tengku Ahmad). Sultan Ahmad Shah adalah cucunda kepada Sultan Alang Iskandar.
Jawapan
Assallamualaikum...Ada pembaca yang masih teringat Negeri Perak Darul Ridzuan berhari raya sehari cepat dari negeri negeri lain di dalam Persekutuan Malaysia, di ikuti negeri Johor Darul Takzim (semasa pemerintahan Almarhum Sultan Iskandar)...
Orang-orang dari Negeri Kedah dan Pulau Pinang serta Selangor termasuk Negeri Perak berhari raya, walhal di negeri mereka masih lagi berpuasa...
Saya masih didalam umur 20-an semasa itu... teringat amat murka Almarhum apabila titahnya untuk berhari Raya di abaikan oleh Menteri Besar DS Wan Mohammed...
Almarhum telah keluarkan titah dengan tandatangan nya disebelah kanan di atas surat mohor peribadi, yang bermaksud, surat ini adalah titah keras yang harus dilaksanakan dengan serta merta...Saya teringat almarhum ayahanda berkata
"Aku kesian oghang-oghang yang dah siapkan lauk-lauk masakan untuk berraya tapi masih tak menentu bila nak raya... Kalau tak jadi Raya, basi lauk-lauk tu nak buang saje ker...???"
Kata beliau lagi
"Berdasarkan hukum falaq, anak bulan tu takkan boleh tak timbul... Dah berkurun2 kita mengikut bulan yang sama, baik bangsa Cina ataupon Melayu"...
Saya masih ingat malam yang di keluarkan titah supaya beraya, siren di bunyikan di Kuala Kangsar dan rakyat terpinga-pinga tak faham apa dah berlaku... Apabila pegawai pegawai memaklumkan besok hari Negeri Perak akan berraya, bersorak ria orang-orang yang mendengar...Tetapi sebagai biasa ada juga manusia yang tak setuju dan menyalahkan Almarhum atas melanggar peraturan...
Pada keesokan hari, maka berHari raya lah negeri Perak dan Johor... Terdapat berberapa orang yang masih tak puashati yang menyalahkan Almarhum...Mereka kata,
"Sultan dah gila...!!
Bulan sabit yang di panggil anak bulan...
Tetapi apabila ternampak bulan yang keluar bertanduk dilangit, mereka terus diam... Teringat kawan saya, Pak Tam nama dia... orang Kpg Ketior, Kuala Kangsar... dia berkata pada diri saya,
"Takkan ayahanda tu pandai pandai jer suruh berraya... mesti dah tanyer segala ulamak dan Mufti dia"...
Saya teringat Almarhum bertitah,
"Akan aku usulkan perkara ini pada Mesyurat Majlis Raja Raja nanti"...
Ada yang mengadu kepada PM (Tun Mahathir) dan Tun berkata,
"Bab ugama dan adat itu dibawah kuasa mutlak Raja negeri masing masing... Kerajaan pusat tiada kuasa menhalang atau mencampuri hal sedemikian"..
Bak kata didalam bahasa omputih, itu adalah Prerogative Powers of the Sultan...
Ku Syah
perak memang terbaik
ReplyDelete