`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Friday, December 28, 2012

BERSAMA MENGHARGAI RAHMAT PERPADUAN



POTONG.....Azizah bersama-sama John (dua kiri) Isnin (tiga kanan) dan Saridah (empat kanan) menyaksikan Raymond memotong kek hari jadinya pada majlis rumah terbuka Hari Natal di rumah kediamannya di Kg Bundu Kuala Penyu.

Oleh : ABU BAKAR ESAH

KUALA PENYU: Negara ini mempunyai penduduk yang amat beruntung kerana dapat hidup dalam keadaan harmoni walaupun terdiri dari pelbagai bangsa dan suku kaum dan kepercayaan agama.

Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna Sabah, Datuk Azizah Mohd Dun berkata ianya lebih bermakna apabila dikalangan rakyat dapat menerima dan menghayati bersama budaya antara kaum khususnya melalui sambutan perayaan.
“Rakyat di negara ini bukan setakat menghormati dan menerima budaya sesuatu kaum malah yang lebih indah apabila kita telah dapat bersama-sama meraikan setiap perayaan yang dimilki oleh pelbagai kaum yang menjadi penduduk negara ini,” katanya.

Beliau berkata kelebihan itu telah menjadi kekuatan yang perlu dipertahankan demi memastikan kesejahteraan hidup di negara ini terus terjamin.

“Sebagai rakyat negara ini kita sangat beruntung. Semoga kita dapat terus hidup dalam keadaan harmoni. Inilah kekuatan kita, kelebihan ini perlu kita pertahankan sampai bila-bila,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika berucap merasmikan majlis Rumah Terbuka Hari Natal dan sambutan hari jadi ke-55 Tahun Ketua Daerah Kuala Penyu, OKK Raymond Insi, Kg Bundu di sini, kelmarin.

Hadir sama, Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Kuala Penyu, John Teo Mau Sing, Pemangku Ketua Umno Bahagian Beaufort, Isnin Aliasnih. Naim Ketua Umno Bahagian Beaufort, Datuk Kimjus Duim dan Ketua Pergerakan Puteri Umno Beaufort, Saridah Mohd Dun.

Sementara itu terdahulu dalam ucapannya John berkata meraikan setiap perayaan secara bersama dapat melahirkan suasana yang indah dan lanskap kehidupan sejahtera itu perlu diteruskan.

Isnin pula berkata, segala keindahanan yang kita nikmati selama ini tidak terdapat di negara lain. Justeru beliau mengajak semua penduduk menghargai erti perpaduan dengan menjaganya dengan baik.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.