`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Monday, December 17, 2012

BN BAWA PERUBAHAN KEPADA RAKYAT SABAH





SANDAKAN : Selaras dengan ikrar Janji Ditepati, tiada siapa boleh menafikan bahawa kerajaan Barisan Nasional (BN) telah membawa banyak perubahan dan kemajuan kepada rakyat dan negeri Sabah, kata Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Aman.

Beliau berkata jika diimbas kembali, ketika mengambil alih kepimpinan parti dan kerajaan, Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak berjanji untuk turun padang dan melakukan tinjauan mesra untuk merasai denyutan nadi rakyat.
Katanya ini dibuktikan apabila Perdana Menteri telah memperjuangkan banyak agenda penting untuk kesejahteraan rakyat.

"Pemimpin BN turun padang bukan dengan tangan kosong, bukan hanya berucap dan berceramah, tetapi merasai denyut nadi rakyat, tepati janji, prihatin terhadap masalah rakyat dan memastikan masa depan rakyat terjamin," katanya.

Pelbagai inisiatif dan bantuan untuk membantu meringankan beban rakyat dilaksanakan, antaranya dalam Belanjawan 2013 ialah Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) 2.0, Kedai Rakyat 1Malaysia, bantuan persekolahan, baucar buku dan banyak lagi, katanya pada Majlis Bersama Rakyat Parlimen Batu Sapi dan upacara pecah tanah projek Masjid Lupak Meluas berharga RM5 juta yang disempurnakan oleh Najib di sini. (Bernama)

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.