`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Friday, December 28, 2012

BN BEAUFORT SEMAKIN KUKUH




BERUCAP.....Azizah ketika berucap pada program Jelajah Salam Sayang Pergerakan Wanita Umno Beaufort di Kg Kukut, Beaufort.

Oleh : ABU BAKAR ESAH

BEAUFORT: Majoriti pengundi di kawsan Parlimen Beaufort yang dikatakan kawasan panas pada masa ini masih meletakkan sokongan mereka terhadap kerajaan Barisan Nasional walaupun Ahli Parlimen dan Ketua Umno Bahagian, Datuk Seri Panglima Lajim Ukin meninggalkan Umno beberapa bulan lalu.

Exco Pergerakan Wanita Umno Malaysia, Datuk Azizah Mohd Dun berkata sokonagan terhadap BN di kawasan Dewan Undangan Negeri (Dun) Klias dan Kuala Penyu semakin meningkat.
“Maklum balas penduduk menunjukkan sokongan terhadap BN di sini semakin meningkat dan ianya membuktikan BN di sini semakin kuat, semakin kukuh,” katanya.

Azizah menegaskan rakyat sudah bijak dan lebih rasional untuk menilai bahawa selama ini BN telah banyak berjasa dalam kehidupan mereka di negara ini.

“Dalam pada itu sebagai wakil rakyat dari kerajaan saya ingin mengingatkan kepada semua ibu bapa supaya menasihat anak-anak agar mereka tidak terikut-ikut atau terpedaya dengan putar belit pembangkang yang lebih banyak membawa perkara-perkara yang negatif,” katanya.

Beliau berkata demikian pada majlis Jelajah Salam Sayang di Kg Kukut di sini malam kelmarin.

Hadir sama, Pemangku Ketua Umno Bahagian Beaufort, Isnin Aliasnih, Ahli Jawatankuasa Umno Beaufort, Zainal Jilun, Penasihat JKKK Kg Pintas, Osin Jilun dan pemimpin-pemimpin masyarakat setempat.

Azizah yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) dan Menteri Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna Sabah itu meminta semua penduduk sentiasa berkerjasa dan bersatu padau memberi sokongan padu kepada BN bagi memastikan pembangunan dan kesejahteraan hidup akan terus terjamin.

“Kita perlukan pembangunan, kita mahu kekalkan kesejahteraan hidup. Justeru kita tiada pilihan selain memberi mandat kepada BN untuk mentadbir negara ini. Tiada ada yang dapat kita harapkan dari parti pembangkang kerana mereka hanya pandai menabur fitnah dan janji-jani kosong,” katanya.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.