`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Sunday, December 16, 2012

'BOG-BOG' BUKTI MASYARAKAT SEMPORNA JAHILIYAH?





Oleh : ZOEY SALDANA (LAND OF TAPIOCA)

SALAM ukhwah buat semua masyarakat Bajau Sabah, terutama para pembaca 'Land of Tapioca'. Agak lama saya berdiam diri dari dunia penulisan dan terbangkit semula niat itu setelah merasai kemelut politik di Sabah yang makin rancak dan tunggang terbalik jadinya. Apatah lagi berlaku pergelutan kaum di Sabah yang semakin panas dengan kehadiran RCI. Kadazandusun mana mungkin suka Bajau? Mengapa?

'Bog-Bog', sememangnya sinonim dalam masyarakat Bajau Semporna; bagaikan laut dan pantai, tidak pernah berpisah; atau bagaikan isi dengan kuku yang saling bergantungan.Suatu ketika dahulu, masyarakat Semporna memang terkenal dengan kegagahan mereka dalam pelbagai bidang seperti nelayan, pelayaran, berniaga malah pernah tercatat dalam sejarah bahawa golongan ini menentang pemerintahan penjajah pada suatu ketika dahulu; tatkala suku lain bersekongkol dengan penjajah. Masyarakat inilah dikenali sebagai kaum 'Magindora'; masyarakat asal di daerah Semporna.

Namun setelah kedatangan suku Bajau Filipina dan Indonesia, masyarakat Semporna mula bercambah, berpecah dan menjadi majmuk sehingga melahirkan masyarakat baru yang menganut Mazhab 'Bog Bog'.

Jika anda dengar perkataan 'Bog Bog'; bunyinya agak semanis madu kerana 'Bog Bog' berkonsepkan tolong menolong antara satu sama lain untuk melindungi kroni, koloni dan parokial kerana susah senang dihadapi bersama.

Pernah berlaku Skandal Seks seorang menteri dengan sepupunya, namun demi 'Bog Bog' adik menteri sanggup mengahwini sepupu yang dibuntingkan abangnya demi menyelamatkan maruah menteri berkenaan.

Paling menarik ialah asalkan orang Semporna; tetap dianggap sebagai keluarga walaupun tidak pernah bertemu sama sekali. Kita janganlah berasa hairan jika semua warga Semporna memanggil pak cik kepada Sakaran mahupun Shafie. Namun setelah diperhalusi dan diamati sebenarnya 'Bog Bog' membawa pengertian yang luas dan dalam yang bercanggah dengan ajaran Islam Syumul di Malaysia.

Majoriti kaum Semporna masih mengamalkan ajaran Wahabi yang bercanggah dengan empat mazhab Ahli Sunnah Wal Jamaah iaitu Hambali, Maliki, Syafie dan Hanafi. Agak mengejutkan juga kerana ada juga kaum yang sama sekali kita tidak pasti apakah anutan agama mereka, sama ada pagan atau Islam kerana bilangan bomoh atau dukun begitu ramai di daerah Semporna; sehingga setiap kampung memiliki bomoh masing-masing.

Agak memalukan jika diceritakan bilangan 'isteri-isteri'; tetapi itulah hakikat yang terjadi dalam masyarakat Semporna. Bagi mereka bilangan isteri merupakan 'Lambang Kejantanan' kepada taraf sosial dan kebanggaan setiap puak.

Semakin ramai isteri yang dimiliki seorang lelaki, maka semakin hebatlah tarafnya; walaupun secara hakikatnya berpendapatan kurang daripada RM500 dan mempunyai bilangan anak yang ramai! Jika sekadar seorang isteri, janganlah mimpi digelar sebagai bangsawan atau lelaki sejati atau 'Lalla Kansang'.

Hairan bin Ajaib, para wanitanya pasrah menempuh kesukaran hidup yang membelenggu mereka setelah mendapat tahu akan keindahan dunia luar selain daerah Semporna. Pasrah adalah didikan kemestian diterapkan ke setiap anak mereka bagi memastikan survival kaum ini tidak putus; walaupun sebilangannya tiada harta, asalkan mengahwini sepupu pertama atau kaum kerabat terdekat. Natijahnya tidak hairanlah wajah masyarakat Semporna senang dikenali walaupun dari jarak jauh dan rupa mereka tidak berubah dari dekad ke dekad.

Kerana sikap 'Bog Bog' masyarakat Semporna sering menghalalkan yang haram; termasuklah bersekongkol dengan mana-mana pemimpin politik mereka yang terang-terang melakukan sebarang jenayah atau keaiban.

Bagi mereka, 'Bog Bog' adalah segala-galanya. Mereka tidak dapat menerima hakikat sekiranya ada kaum lain menegur mereka; apatah menjalinkan sebarang hubungan kerjasama kerana bagi mereka seburuk-buruk orang Semporna, tetap berdarah keturunan Semporna yang tidak mengkhianati kepercayaan kaum mereka.

Agak malang daerah Semporna mendapat prestasi pelajaran yang agak tercorot berbanding daerah lain di Sabah melainkan ada yang berfikiran jauh sehingga sanggup menghantar anak ke sekolah lain agar masa depan mereka terjamin.

Beberapa responden mengakui bahawa untuk mendapatkan gred yang terbaik dalam SPM, mereka mengguna 'Ghost Candidate' iaitu seorang 'upahan' dari kalangan keluarga untuk menduduki peperiksaan SPM dengan cara tipu dan penuh muslihat; termasuk membuat kad pengenalan palsu melalui orang tengah dengan hanya menggantikan gambar calon yang bakal menduduki peperiksaan.

Pegawai peperiksaan juga turut bersekongkol dengan calon ini kerana hampir kesemua sektor pekerjaan termasuk pendidikan dan perguruan dimonopoli oleh warga Semporna.

Setelah lulus peperiksaan dengan mudahnya mereka mendapat kerja dalam kerajaan dengan bantuan 'VIP atau Menteri'. Begitulah hebatnya 'kartel' warga Semporna yang menguasai pelbagai sektor pekerjaan; bukan atas dasar kemahiran dan kelulusan, tetapi kerana budaya Bog Bog.

Budaya peminta sedekah atau subsidi sudah mendarah daging sehingga 'Rasuah' dianggap amalan mulia. Akibatnya, lahirlah pemimpin yang memiliki ijazah palsu kerana mereka tidak mampu bertahan menjadi pelajar universiti secara kendiri.

Penulis masih tertanya-tanya sehingga ke hari ini kerana belum pernah ada rumah yang ditimpa musibah kematian dikunjungi dan disambut dengan penuh keagamaan dan tawadduk sebagai orang Islam. Malangnya, setelah jenazah arwah selamat dikebumikan; maka bermulalah 'Pesta Judi' dari malam sehingga subuh dan bersambung di kemudian harinya. Bukan sahaja hari kematian, hari-hari biasa juga menjadi tradisi setiap warga Semporna bahawa bukanlah anak Semporna kalau tidak hebat di gelanggang judi.

Manakala surau dan masjid hanya menjadi hiasan dan 'rest house' atau 'motel' kambing dan lembu memadu kasih. Hanya pada hari Jumaat dan Hari Raya barulah masjid dan surau dipenuhi hanya warga emas sahaja.

Penulis tidak membenci kaum ini, tetapi bersimpati pada penghinaan kaum lain yang mendewakan diri mereka itu cantik seperti ala-ala Korea atau Cina; kononnya ala-ala Eurasian sehingga menggelarkan bangsa Bajau di Sabah ini sebagai 'Pilaks' hatta nenek moyang mereka mendapat kewarganegaraan secara jus soli dan mengikut Perlembagaan Persekutuan.

Manakala kaum yang terperasan diri mereka cantik mula sedar bahawa survival politik mereka telah dirampas sejak kehilangan keberanian mereka yang pernah dikenali sebagai bangsa 'Barbarian' suatu ketika dahulu.

RCI atau Suruhanjaya Siasatan Diraja adalah amat dialu-alukan kerana sekurang-kurangnya menyedarkan semua bangsa atau kaum yang berada di Sabah ini supaya muhasabah dan sedar diri mengikut panduan agama masing-masing.

Kalau bukan kerana hajat dan niat kita untuk menuntut Dasar Borneonisasi, sebenarnya hanya mimpi di siang hari sekadar mengeluarkan liur basi; tetapi tiada apa-apa perjuangan pun dilakukan.
Widji Thukul pernah memberikan nota kepada bangsanya bahawa 'Perjuangan belum selesai....' begitulah bangsa Sabahan yang pernah menumpaskan kerajaan Barisan Nasional dengan mudah sebelum ini, jadi apakah kita semua sudah selesai berjuang? Ya...selagi 'Bog Bog' masih hidup selagi itulah perjuangan Sabahan belum selesai. Jahiliahkah masyarakat Semporna? Selaras dengan friman Allah Taala dalam surah Ar-Ra'd:11 bahawa "Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib sesuatu kaum (bangsa) melainkan kaum itu sendiri mengubah nasibnya”. Wallahualam!

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.