`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Monday, December 10, 2012

Dah 61 tahun rupanya Rosmah…hepi b’day Mem!


×
Sekadar gambar hiasan.
Sejuk mata kan kalau tengok dia macam ni? Apa pun hari ni ,ulang tahun kelahiran dia. Selamat ulang tahun!
Khabarnya,tengahari tadi dia dan suaminya, serta sorang anak mereka pergi makan tengahari di kedai makan daun pisang,di Jalan Gasing ,Petaling Jaya. Agaknya la, PM belanja wife tercinta dia sempena b’day dia hari ni. Sesekali buat yang luar biasa kut? Bagus la kan? Merakyatkan diri namanya tu.  Kalau Puan Hajah bertudung, tentu nampak lagi anggun. Tentu lagi ramai orang datang berkerumun nak bergambar dengan Puan Hajah.


×
Sekadar gambar hiasan
Walau pun dah 61,  nampak macam muda lagi tu. Tentu dia banyak amalkan  petua-petua orang dulu-kala. Tapi apa nak heran. Dia kan isteri PM. Apa nak semua dapat. Beli supplement yang harganya beratus ringgit tak jadi hal. Sebut je apa nak,mesti dapat punya laa. Bukan macam kita rakyat marhain. Nak berbelanja mesti tengok bajet. Kalau tak ,pertengahan  bulan poket dah sakit.

Tu baru bab supplement dia. Belum lagi yang lain-lain. Beg tangan. Kasut. Rantai tangan. Subang. Cincin!!!! Pendek kata semua dia dapat lah!  Agaknya kalau dikumpul semua koleksi dia tu, mau jadi macam Imelda Marcos, yang kasutnya  saja pun dah ada muzium! Hebat betul la perempuan-perempuan ni..Rakyat di luar sana ramai yang tak ada rumah. Tak ada benda nak dimakan. Mereka pulak bermewah-mewah hingga lupa daratan mengerjakan duit rakyat.


×
Sekadar gambar hiasan
Haa..! Buku biografi dia pun dah dilancarkan hari ni. Tahniah! Pakat-pakatla beli ya? Nak tau jugak apa pengakuan ikhlas dia menjawab tohmahan-tohmahan yang begitu banyak dilontarkan kepadanya. Teruk sangat ke sampai ada yang kata dia lebih berperanan sebagai “suami” kepada PM ,bukan sebagai isteri. Lebih dahsyat lagi saya selalu dengar PM kita sebenarnya seorang “wanita” bukan seorang laki-laki! Yang pasti saya takkan beli buku tu sebab ianya mesti lah mahal. Saya tunggu orang hadiahkan kepada saya,itu pun kalau ada. Kalau tak dapat pun ,tak lah saya berhati rawan sebab saya lebih sanggup simpan duit sikit-sikit untuk beli ensiklopedia Al Quran! Daripada mengumpul duit semata-mata nak dapatkan buku biografi tu. Jangan tipu rakyat , rakyat sudah lama tau bhai…

×

Sekadar gambar hiasan.

“Semoga Puan Hajah sentiasa dalam perhatian dan kasih sayang Allah. Semoga Puan Hajah sentiasa menyedari dan memahami kehendak rakyat sekelian. Semoga Puan Hajah sedar di luar sana, begitu ramai rakyat yang masih kelaparan. Terbiar dalam kepayahan dan kesusahan. Semoga Puan Hajah diberi petunjuk dan hidayah untuk bersama rakyat memperjuangkan Islam di negara kita yang tercinta ini. Semoga Puan Hajah mengikut jejak langkah DYMM Raja Permaisuri Agong,menutup aurat dengan sempurna. Sebab saya sayang Puan Hajah, sama macam saya  sayang 1st Lady  kita semua iaitu Baginda Permaisuri . Amin!”
Saya tak mampu nak hadiahkan yang mahal-mahal, sebagai rakyat marhain saya hanya  mampu tujukan lagu ni kepada Puan Hajah sebagai hadiah hari ulang tahun kelahiran Puan. Juga sebagai peringatan kepada diri saya sendiri. Terimalah….



- media perak

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.