`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Sunday, December 16, 2012

FELCRA BINA JALAN UNTUK TANAM PADI?



HEBAT.....FELCRA memang hebat kerana boleh mentransformasi Jalan Beraspal kaedah Soil Stabilizer sebagai 'Sawah Padi'. 

KEPUTUSAN Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW) mentauliahkan agensi di bawahnya, Felcra sebagai Pegawai Penguasa dan melantik subsidiari Felcra iaitu Felcra Bina Sdn.Bhd bagi melaksanakan Kerja-Kerja Menaiktaraf Jalan Masuk Pedalaman Menggunakan Kaedah ‘Soil Stabilizer’ Dari Kampung Bakuku Ke Kemabong, Daerah Tenom, Sabah telah menyebabkan 'Engineer Felcra' diberi gelaran sebagai 'Engin Air' oleh Ahli Parlimen Malaysia (Tenom) Datuk Raime Unggi. Gelaran ini memang layak untuk Felcra kerana jalan yang dibina melalui kaedah 'Soil Stabilizer' hanya tahan sebulan berbanding janji KKLW selama 30 tahun. Senario ini membuatkan penduduk kampung Bakuku terkilan, marah dan kecewa sehingga bertindak menanam padi di atas jalan raya yang dibina FELCRA. Ikuti pendedahan eksklusif esok. - sabahkini

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.