`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Monday, December 24, 2012

Gelagat hakim-hakim kita…Nak ketawa atau menangis ?


many-colours-one-dream
541675_513316425368468_875094713_nArul
__________
24 Disember 2012, Mahkamah Jalan Duta, Kuala Lumpur
Pada hari Jumaat yang lalu, Magistrate Zaki Asyraf Zubir telah menjatuhkan hukuman penjara satu bulan dan denda RM 1000 keatas aktivis Mahasiswa Umar Mohd Azmi untuk satu kesalahan kecil iaitu menghalang seorang penjawat awam.
Yang tak masuk akal adalah bukan sahaja hukuman yang berat untuk satu kesalahan kecil tetapi apabila mahkamah tidak memberikan penangguhan penghakiman sehingga kes di rayu ke mahkamah yang lebih tinggi. Adalah satu prosedur biasa Magistrate memberikan penangguhan kehakiman apabila ada hukuman penjara kerana sebagai seorang Hakim yang digelar “yang Arif “ konsep kebebasan dalam kehakiman sangat penting dan setiap orang harus diberikan segala ruang dalam proses perundangan, sebelum dijatuh hukum.
Namum tak tahu mengapa Magistrate ini berkelakuan begini. Mungkinkah kerana beliau mahu membodek sesuatu pihak, beliau sanggup berbuat demikian?  Ramai orang pelik dengan tingkahlaku Magistret yang membuat keputusan di luar tabii, barulah mereka sedar bahawa beliau adalah magistrate yang turut memberikan perintah supaya rakyat dihalang berhimpun di Dataran Merdeka semasa Bersih 3. Memandangkan beliau mempunyai kepentingan sendiri, sepatutnya beliau meminta supaya beliau tidak mendengar kes ini kerana ia melibatkan mahasiswa yang “occupy” Dataran Merdeka pada masa itu.
Maka Magistret yang memberikan perintah tidak memerdekakan Dataran Merdeka pada Bersih 3, hari ini didapati tidak mahu memerdekakan seorang anak  muda dan terus menggunakan kuasa untuk menahan beliau terus dipenjara sehingga kes didengar. Jika andaikata, beliau membuat rayuan di mahkamah tinggi dan mahkmah kemudian mendengar kes beliau, sudah pasti masa yang akan diambil adalah lebih lama dari sebulan dan oleh yang demikian dengan tidak memberikan perintah penangguhan adalah satu tindakan kotor menghukum orang dan menjadikan kes asal akademik. Ini adalah tindakan terkutuk, menghalang hak kebebasan seseorang dan langsung tidak masuk akal. Yang turut mempersona saya adalah tindakan Magistrate yang masih gian nak penjarakan Mahasiswa ini walaupun  pihak DPP tiada halangan dalam persoalan memberikan penangguhan penghakiman. Nampaknya Magistet ini mempunyai misi tersendiri.
Jika tindakan Magistret ini boleh dikatakan tidak adil, saya cukup terbeliak mata dengan kenyataan-kenyatan yang dbuat oleh Hakim Amelia Tee. Setelah mendengar Hakim Amelia, saya tidak tahu nak ketwa atau menanggis.
Semasa kes, Hakim Amelia bertanya kepada bapa kepada si Umar samada anaknya akan mendengar cakap beliau dan suruh supaya anak beliau tidak lagi pergi untuk aktiviti tidak sihat seperti Dataran Merdeka atau berhimpun disana. Realitinya  adalah Umar sudah berumur lebih 21, dewasa dan boleh membuat keputusan sendiri. Ini bukan satu mahkamah keluarga untuk merapatkan hubungan bapa dan anak dan Hakim ini juga bukan guru disiplin, untuk mengawal gerak geri seorang dewasa.
Yang lebih teruk adalah beliau memberi larangan supaya Umar tidak lagi terlibat dan jika terlibat, maka penangguhan kehakiman akan ditarik balik dan beliau akan dipenjara. Ini nampaknya 2 x 5 keputusan magistret.
Pertamanya mahkamah tinggi masih belum putuskan samada rayuan Umar diterima tetapi Hakim Amelia sudah buat ketetapan bahawa apa yang dilakukan oleh Umar pastinya salah dan beliau memberikan syarat tambahan. Hukum dulu, bicara kemudian
Saya cukup terhibur dengan semua sandirwara Hakim, DPP dan Peguam. Di mahkamah ramai anak muda yang hadir mengari diri mereka masing-masing sebagai tanda protes. DPP sibuk mengungkitkan isu-isu remeh temeh yang tidak relewan padahal beliau sendiri tiada halangan untuk penghakiman penjara ditangguh. Peguam bela pula bersunguh-sungguh cuba memastikan Umar dapat dibebaskan sehingga beliau memberi ruang kepada Hakim ini menetapkan syarat-syarat yang tidak demokratik, anti Perlembagaan  perkara 10 dan Deklarasi Hak Asasi Manusia. Isu kebebasan asasi seorang individu yang kini ditahan 3 hari tidak menjadi topik pokok. Nak ketawa atau menangis.
Namun Umar akhirnya bebas dengan ikat jamin  5 ribu dan syarat supaya beliau tidak lagi akan menjejakkan kaki ke Dataran Merdeka dalam satu perhimpunan. Semasa saya dan 53 orang lain dulu ditahan dalam kes protes pada tahun 1998, Hakim Mahkamah session turut memberikan syarat bahawa jika kami libat dalam demo lain selepas ini, jamin mahkamah kami akan ditarik balik dan kami masuk semula ke penjara. Kes kami masih berjalan di mahkamah Session KL hari ini dan kami masih hadiri puluhan demonstrasi dan perhimpunan selepas syarat dikenakan.
Saya terfikit bagaimana Umar dan kawan-kawannya hendak ikut syarat mahkamah apabila  slogan Umar sendiri adalah, “Dunia belum kiamat, lawan sampai tamat “. Sememangnya perjuangan jauh dari tamat dan apa lagi dengan taraf hakim dan magistret yang kita ada pada hari ini.
- The People's Parliament

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.