`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Tuesday, December 11, 2012

Hebat Isa Samad. Dia guna bomoh?


Mazlan Aliman
BUKTI salahguna kuasa Dato' Yusof Samsudin, Pengerusi Eksekutif SKM. Saya mendapat maklumat telah beberapa kali beliau ikut arahan Ismail Sabri dan Isa Samad, meskipun dia faham arahan tersebut tidak betul.

Seharusnya dia ada pendirian. Bila dia ikut, ertinya bersekongkol dengan puak zalim yang mahu merosakkan KPF.

Tidak lama lagi ada tindakan dari KPF dan pemegang saham yang mencabar arahan Dato' Yusof melalui peguam masing2. Bukan itu sahaja, laporan polis dan SPRM akan dilakukan terhadap Ismail Sabri, Isa Samad dan Dato' Yusof.

Saya baru mendapat taklimat terkini perkembangan KPF dan pandangan lawyer ANAK dari sudut perundangan. Menariknya, tidak disangka2 ada pemimpin Umno Bahagian hubungi saya memberi sokongan padu dalam isu KPF.

Saya persoalkan, bila Umno nak berjuang sama. Ini melibatkan Koperasi orang melayu yang terbesar dan wajib dipertahankan. Dia kata, tunggu masa yang sesuai. Katanya, ada rombongan pimpinan Umno nak jumpa PM agar campurtangan. Kalau PM tunduk juga kepada kehendak Isa, mereka terpaksa buat pendirian tegas.

Alhamdulillah, pendirian pegawai kanan Felda dan ALP KPF selari dengan ANAK. Saya berdoa mudah2an beberapa pemimpin Umno Bahagian yang hubungi saya akan buktikan 'kejantanan' mereka kerana masa begitu suntuk.

Mesyuarat Agung Perwakilan KPF akan diadakan pada 27 dis ini. Jika ia jadi kenyataan, Isa Samad menguasai KPF dan membolot segala2nya dalam Felda tidak sampai dua tahun jadi Pengerusi Felda.

Hebat Isa Samad....bomoh mana dia guna?

- gigitankerengga.blog

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.