`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Tuesday, December 25, 2012

Hukuman ke atas Umar untuk takutkan rakyat dari hadir #KL112


Hukuman ni macam nampak nak takut-takutkan rakyat dari menghadiri himpunan tu. Kalau takat kena denda saja, orang tak heran sangat tambah-tambah dalam kes yang melibatkan politik macam tu, tentu punya ramai yang sanggup tolong bayar.

Sumber imej: Aliran
Harakahdaily melaporkan:
KUALA LUMPUR: “Malam semalam gundah gulana, hari ini hari mulia tak pernah daku rasa begini seperti mati hidup kembali,” komen pertama Umar selepas dibebaskan dari penjara.
Mahkamah Tinggi membebaskan aktivis ‘Occupy Dataran’, Umar Muhammad Azmi yang ditahan di Penjara Kajang sejak Jumaat lalu dengan jaminan sebanyak RM5,000.
Hakim Amelia Tee Hong Geok Abdullah membebaskan Umar sementara menunggu keputusan rayuan beliau ke mahkamah yang lebih tinggi. – Hrkh.

Nasib baik Umar dibebaskan dari penjara Kajang hari ni, kalau dia tak dibebaskan, macam yang aku tilis sebelum ni, kalau Umar tak dibebaskan, aku cukup yakin Dataran Merdeka malam ni akan penuh dengan penunjuk perasaan.
Dan aku yakin bukan takat malam ni saja, tentu punya ramai akan berkampung di Dataran Merdeka sampai ke tarikh Himpunan Kebangkitan Rakyat 12 Januari 2013.
Apa pun, Umar cuma dibebaskan dengan jaminan RM5,000, bukannya dilepaskan dari hukuman penjara setahun tu.
Harakahdaily juga melaporkan:
Mahkamah Majistret Kuala Lumpur Jumaat lalu menjatuhkan hukuman penjara sebulan dan denda RM1,000 kepada Umar kerana menghalang pegawai Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) menjalankan tugas semasa serbuan terhadap gerakan mahasiswa pada April lalu.
Insiden itu didakwa berlaku semasa serbuan mengejut DBKL ke atas perkhemahan protes di Dataran Merdeka di Kuala Lumpur pada jam 8 pagi 22 April lalu.
Aktivis siswa berkhemah di dataran tersebut sebagai bantahan mereka terhadap Pinjaman Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) yang didakwa mereka tidak adil. – Ibid.
Hukuman ni secara tak langsung macam nak bagi amaran sempena Himpunan Kebangkitan Rakyat awal tahun depan tu. Hukuman ni macam nampak nak takut-takutkan rakyat dari menghadiri himpunan tu.
Kalau takat kena denda saja, orang tak heran sangat tambah-tambah dalam kes yang melibatkan politik macam tu, tentu punya ramai yang sanggup tolong bayar tapi bila kena hukuman perjara tu yang ramai tak sanggup.
Bukan tak pernah ada kes ‘menghalang penjawab awam menjalankan tugas sebelum ni yang hakin cuma jatuhkan hukuman denda saja tanpa hukuman penjara.
Pun begitu, aku tak rasa hukuman ke atas Umar ni akan mengurangkan semangat nak hadir Himpunan Kebangkitan Rakyat. Tambahan pulak, antara tuntutan himpunan tu termasuk menuntut pemansuhan PTPTN, punca Umar dihukum.
Tambahan pulak, Himpunan Bersih 3.0 sebelum ni takdak sorang pun yang dihukum. Malah YB Salahuddin dan YB Mahfuz yang ditahan sebelum Bersih 2.0 dapat RM70,000 bila menang saman kerajaan Malaysia yang tahan depa cara yang tak betul.


- media perak

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.