`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Thursday, December 6, 2012

JPL SANDAKAN SEMAKIN BIADAP




BIADAP…Salah seorang kakitangan Makmal JPL Klinik Sandakan yang sedang mengasari para pesakit yang ingin menjalankan ujian darah dan sebagainya.

Oleh : SHAIMON S JUMADI

KEBIADAPAN dan tidak kesopanan tiga orang kakitangan Jabatan Pesakit Luar (JPL) yang ditugaskan di bahagian makmal (pemeriksaan darah) dan di bahagian kaunter telah mengasari dan memperbodohkan para pesakit luar yang ingin mendapatkan khidmat; sama ada untuk pemeriksaan darah tinggi, kencing manis dan sebagainya telah menimbulkan kemarahan pesakit kerana mereka dilayan seperti binatang.

Sikap buruk dan kejahilan mereka dalam menjalankan tugas di bahagian makmal tersebut langsung tidak beretika sehingga boleh menjejaskan nama baik Jabatan Pesakit Luar (JPL) dan kerajaan Barisan Nasional (BN).
Insiden tersebut disaksikan sendiri Wartawan yang secara kebetulan berada di bahagian makmal tersebut kerana sebahagian besar di antara 200 pesakit tiba-tiba melenting dan memarahi pembantu Hospital dan seorang jururawat yang ditugaskan untuk memeriksa dan mengambil sempel darah disebabkan telah memperbodohkan pesakit kerana ada jururawat yang memberi notis bahawa mereka akan menjalani ujian sekali lagi pada jam 11.00 pagi hari yang sama.

Dalam pada itu seorang jururawat pula mengarahkan para pesakit tersebut supaya mengambil borang kerana sebelum ini semuanya telah mengambil borang; tambahan pula mengeluarkan kata-kata kesat dan berkata bukan-bukan kepada beberapa pesakit.

MANGSA…kelihatan para pesakit yang menjadi mangsa keadaan.

Selama ini Sabahkini.Net menerima banyak aduan orang ramai yang berkunjung ke JPL banyak karena yang timbul dilakukan oleh unit berkenaan agak kurang dipercayai; tetapi kelmarin, 5 Disember 2012 terbukti bahawa perbuatan segeintir kaki tangan yang ditugaskan di JPL memang kurang ajar dan biadap kepada para pesakit yang ingin mendapatkan rawatan doktor dan sebagainya.

Sabahkini. Net menggesa Pengarah JPL agar menegur beberapa kakitangan yang berkelakuan biadap kerana perkara ini boleh menyumbang kekalahan kerajaan BN pada PRU 13 nanti.

Jika para jururawat mahu menunjukkan perangai buruk mereka, janganlah di hadapan pesakit atau orang awam kerana mungkin salah seorang daripada mereka adalah wartawan Sabahkini.net yag tidak gentar merakam gambar mereka.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.