`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 

10 APRIL 2024

Wednesday, December 19, 2012

Krisis Gempar: Ujian-ujian Darah Penting Tidak Lagi Dapat Dilakukan Di Semua Hospital Dan Klinik Kesihatan Di Negeri Sembilan Kerana Kekurangan Wang — Seorang Pesara



Salam sejahtera.
Saya seorang pesara kerajaan Malaysia dan pesakit masalah tiroid dan kencing manis. Saya perlu melakukan ujian darah untuk memastikan paras tiroid dalam badan saya adalah sihat.
Dua hari lepas saya telah pergi ke sebuah klinik kesihatan kerajaan di Negeri Sembilan untuk mendapatkan rawatan. Doktor memberitahu saya beliau tidak boleh lagi melakukan ujian darah untuk saya.
Saya terkejut apabila saya diberitahu bahawa kebanyakan ujian darah telah diberhentikan oleh klinik-klinik mahupun hospital-hospital kerajaan di Negeri Sembilan. Saya dimaklumkan ini perintah daripada pihak kerajaan. 
Lewat-lewat ini, masalah kehabisan bekalan ubat di hospital-hospital dan klinik-klinik kerajaan telah dibahaskan di Parlimen dan perkara ini masih belum selesai. Sekarang ujian darah pula tidak boleh dibuat.
Pelik sekali krisis seperti ini boleh berlaku di negara kita yang aman dan makmur. Boleh diterima sekiranya ujian darah dan pemberian ubat tidak dapat dilakukan di zon peperangan seperti Gaza di Palestin, tetapi apakah situasi di Negeri Sembilan sudah tenat seperti di kawasan peperangan?
Bayangkan, sejumlah 50 ujian darah telah disenaraikan tidak dapat dilakukan lagi. Ini termasuklah ujian-ujian darah yang mustahak seperti:
Ujian untuk HIV
Ujian untuk penyakit barah/kanser
Ujian untuk demam denggi
Ujian kawalan untuk kencing manis
Ujian untuk hepatitis B dan C
Ujian untuk rawatan lanjutan tiroid
Ujian untuk penyakit 'thalassaemia'
Ujian untuk pasangan kurang subur
Saya menerima maklumat bahawa ini berlaku kerana kerajaan negeri tidak ada peruntukan wang lagi untuk membeli bahan ujian makmal.
Malahan bahan ujian makmal bernilai RM500,000 yang diperolehi sebelum ini dikatakan didapati secara pinjaman (atau hutang) daripada pihak pembekal. Ramai pesakit termasuk saya sudah memberikan sampel darah mereka tetapi kemungkinan semuanya terpaksa dibuang sekarang kerana ujian-ujian darah tidak dapat dibuat lagi.
Ini satu pembaziran masa dan wang rakyat. Saya marah dan kecewa dengan sikap sambil lewa yang ditunjukkan dalam menangani perkara yang serius ini.
Tidak logik apabila kerajaan pusat mampu membelanjakan berjuta-juta ringgit untuk KR1M/BR1M dan untuk wang bonus pegawai kerajaan. Apakah gunanya semua itu kalau kerajaan tak mempunyai satu sen pun untuk menjamin kepentingan asas seperti kesihatan rakyat?
Minggu lepas kerajaan Negeri Sembilan mengumumkan penerimaan geran bernilai USD400,000 (RM1.2 juta) daripada syarikat komputer IBM untuk menjadikan Negeri Sembilan 'bandar pintar'. Apakah status 'bandar pintar' diutamakan manakala kesihatan rakyat yang menderita dikebelakangkan?
Semoga keluhan saya ini membuka mata dan hati para pemimpin kami dan tindakan segera dapat diambil demi kebajikan asas rakyat.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.