`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Tuesday, December 25, 2012

Menteri Umno Perli Majistret Dalam Kes Umar "Occupy Dataran"


KUALA LUMPUR, 24 Dis — Timbalan Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Saifuddin Abdullah gembira aktivis pelajar “Occupy Dataran”, Umar Mohd Azmi dibenarkan ikat jamin dan dibebaskan.“Saya bersyukur kerana Umar dibenar ikat jamin. Ini kerana lazimnya dalam kes-kes seperti ini, memang dibenarkan ikat jamin.“Lagipun, ada kes yang lebih besar juga dibenar ikat jamin,” kata Saifuddin (gambar) apabila dihubungi The Malaysian Insider sebentar tadi.

Saifuddin berkata beliau berharap proses rayuan Umar di Mahkamah Rayuan akan berjalan lancar, dan dalam pada masa sama memahami perasaan rakan-rakan dan penyokong yang bersolidariti bersama Umar.“Kepada mereka, saya harap agar bertenang dan biarkan rayuan berjalan mengikut prosesnya,” katanya.

Sementara itu, aktivis pelajar, Adam Adli Abdul Hamid berpendapat keputusan mahkamah untuk menjatuhkan hukuman penjara kepada Umar adalah sesuatu yang silap kerana Umar tidak melakukan sebarang jenayah.“Bagi saya, apa yang terjadi ini adalah satu keputusan yang silap kerana mengheret pelajar ke penjara, kerana Umar ini masuk penjara bukan hisap dadah, merogol atau lakukan jenayah, tetapi berdemo untuk memperjuangkan hak pelajar,” katanya kepada The Malaysian Insider.

Adam turut berharap peristiwa ini dapat membakar semangat kawan-kawan untuk terus berjuang, dan merupakan satu pengalaman kepada Umar untuk memperjuangan hak pelajar.Umar dihukum penjara selama satu bulan selepas mahkamah mendapati beliau bersalah pada April lalu, ketika menyertai demonstrasi “Occupy Dataran”, di Dataran Merdeka.

Majistret Zaki Asyraf Zubir menjatuhkan hukuman penjara satu bulan dan denda RM1,000 ke atas Umar yang juga merupakan pelajar tahun akhir sebuah kolej swasta.Dalam penghakimannya, Zaki Asyraf berkata, tertuduh tidak sepatutnya berada terlalu dekat dengan rakannya, Mohd Fahmi Reza untuk mengambil gambar sehingga menghalang penguatkuasa DBKL menjalankan tugas.

Walaubagaimanapun Umar dibenarkan untuk diikat jamin hari ini dengan seorang penjamin dengan nilai RM5,000 jaminan, dan diwajibkan hadir di mahkamah bila kes disebut dan perbicaraan bermula. ~tmi

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.