`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Monday, December 24, 2012

PANAS! Kenapa Ummi Terpaksa Rahsiakan Tarikh Kahwin?



Sejak penglibatannya dalam pentas politik, Ummi Hafilda Ali tidak putus-putus dilanda kontroversi sehingga ada berita yang mengatakan beliau sudah berkahwin dan bercerai sebelum ini.

Terbaru, Ummi Hafilda, 45 dikhabarkan bakal berkahwin dengan lelaki pilihannya, seorang pakar terapi kecantikan, Zaman Khan, 33.

Bagaimanapun katanya, tarikh dan lokasi perkahwinan terpaksa dirahsiakan atas faktor keselamatan.


“Dalam waktu terdekat ini saya akan melangsungkan majlis perkahwinan. Tarikh dan tempat sudah ditetapkan. Mungkin dalam dua atau tiga minggu lagi.

“Tetapi saya terpaksa merahsiakannya buat masa sekarang atas faktor keselamatan, memandangkan saya ada ramai musuh politik,” katanya ketika dihubungi.

Ummi Hafilda tidak menyangka perkenalan singkat dengan lelaki kelahiran Pakistan itu sampai ke tahap merancang perkahwinan.

Jatuh cinta pandang pertama dijadikan alasan klise membuatkan Zaman Khan tidak teragak-agak melahirkan hasrat untuk menyunting Ummi meskipun beliau menolak berkali-kali atas faktor usia.

“Bagi saya, perkahwinan ini terlalu awal, tetapi dia berjaya meyakinkan ibu saya, malah dia mengambil berat terhadap ibu saya. Ini yang menyentuh hati saya.

“Dua perkara yang membuatkan saya tertarik pada dia. Pertama, dia mengambil berat terhadap keluarganya dan keluarga saya. Kedua, dia menjaga solat,” katanya yang mungkin bakal berbulan madu di Eropah.

Ummi Hafilda merupakan adik kepada Timbalan Presiden KEADILAN, Azmin Ali.

Ketika ditanya sama ada Azmin bakal dijemput, Ummi menjawab, “saya tak nak jadi hipokrit. Saya tak dapat menjemput dia bukan kerana politik.”

“Kalau saya jemput pun dia tak akan hadir. Sedangkan anak saudara kami berkahwin pun dia tidak hadir... pergi majlis orang lain boleh.

"Malah, dia sudah anggap saya musuh, bukan adik,” jelasnya.

Menurut Ummi Hafilda, aktiviti politiknya tidak akan terhenti selepas berkahwin memandangkan itu prioriti utamanya.

“Saya sudah jelaskan pada bakal suami bahawa hal berkaitan parti adalah prioriti saya, peribadi jatuh nombor dua atau tiga.

“Saya tetap akan aktif berpolitik dan alhamdulillah, dia faham,” katanya yang pernah membawa Zaman ke salah satu ceramah politiknya sebelum ini.





P/s - Pesanan dari abang Ummi, Azwan Ali:

 - Jalan Pulang

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.