`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Tuesday, December 11, 2012

PERJUANGAN UMNO KEKAL, TOLAK PEMIMPIN KHIANAT




DEKATI....Melalui program Jelajah Salam Sayang, Azizah dan pemimpin masyarakat dapat mendekati rakyat dengan lebih berkesan dan rakyat berpeluang menyatakan sebarang permasalahan yang mereka hadapi.

BEAUFORT: Exco Pergerakan Wanita Umno Malaysia, Datuk Azizah Mohd Dun mengingatkan bahawa perjuangan Umno kekal untuk kepentingan Agama, bangsa dan negara.

“Kita pertahankan Agama Islam tetapi kita juga meghormati agama lain. Kita pertahankan bangsa kita dan kita hormati bangsa lain. Kita pertahankan kemerdekaan dan kedaulatan negara ini untuk menjamin masa depan seluruh rakyat negara kita,” katanya.
Beliau berkata demikian pada program Jelajah Salam Sayang Pergerakan Wanita Umno Bahagian Beaufort di rumah kediaman Ismawi Saidi Kg Menanjung di sini kelmarin.

Hadir sama, Ketua Daerah Wong Sameh, Pengerusi Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK) Kg Menanjong, Norsaindah Kastamoni, Ketua Derah Mengundi, Dulakim Padi, pemipin parti komponen Barisan Nasional Beaufort, pemimpin masyarakat dan penduduk setempat.
Azizah yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Klias itu mengajak pemimpin dan penduduk agar memberi sokongan terhadap perjuangan parti dan pemimpin yang benar-benar memperjuangkan kepentingan rakyat.

Beliau setrusnya membidas pemimpin yang mengkhianati perjuangan parti setelah memperolehi nikmat dan kesenangan.
“Kita mesti menolak pemimpin yang mempermainkan bangsa kita. Setelah lebih 25 tahun dia menjadi pemimpin kita. Setelah mendapat kesenangan dari nikmat yang dibawa oleh BN akhirnya menjadi pengkhianat kepada parti.

“Pemimpin yang tidak mengenang budi ini perlu kita tolak kerana mereka mempunyai agenda tersendiri demi kepntingan peribadi dan bukan berjuang untuk rakyat,” katanya sambil mengajak penduduk menyokong siapa sahaja calon BN pada pilihan raya umum akan datang.

“Sokonglah siapa sahaja calohan yang di pilih oleh pimpinan BN demi memastikan masa depan generasi kita terjamin. Jangan gadai masa depan kita dan anak-anak kita. Ini kalilah kita tukar pemimpin yang mengkhianti kita,” katanya sambil disambut dengan tepukan oleh penduduk yang hadir pada majlis itu.

Pada majlis itu penduduk berpeluang berinteraksi dengan wakil rakyat dan pemimpin mereka secara dekat dan dapat memaklumkan sebarang permasalahan.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.