`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Tuesday, December 4, 2012

Siapa yang main api? Siapa yang buat semua ni?




PAU dah abis! Bukannya abis dimakan tapi dah abis bersidang! Pada sapa-sapa yang rajin mengadap tv, pasti anda semua mendengar betapa masa bersidang mereka dihabiskan dengan “membelasah Pakatan Rakyat!” Tak heran la kan sebab itu memang dah jadi wajib pada setiap kali mereka bersidang. Kalau tak sentuh pembangkang tu namanya bukan UMNO.  Jadi luarbiasa pulak persidangan tu nanti.
Baik yang laki-laki,baik yang perempuan,semua hebat-hebat. Sehingga meloponglah para pemerhati dan rakyat di luar sana melihat betapa bijaknya mereka memerintah negara dan betapa bodohnya dan kesiannya melihat rakyat yang duduk dalam negeri-negeri yang diperintah oleh PR! Benarkah demikian?
Aku bukan nak cakap apa pun. Cuma mereka di atas sana kena ingat. Ni bukan zaman 40 tahun yang sudah. Apa saja maklumat di kaca tv atau di akhbar-akhbar, betul la tu! Rakyat disumbat dengan pelbagai berita dan cerita yang kononnya tiadalah kerajaan yang paling baik dalam dunia ni melainkan kerajaan Barisan Nasional! Hingga ada orang di tempat aku kata,” Kalau takde BN memerintah, abis la kita semua!” Dan aku percaya di mana-mana pun ramai “spesis” yang macam ni. Nak buat guana?

Sekarang zaman cyber bhai! Semua maklumat datang di hujung jari sahaja, Malah sangat pantas,dari negeri ke negeri hatta ke luar negara. Rakyat dah tak jakun lagi dengan tv. Semua chanel yang ada hampir keseluruhannya milik kerajaan! Kita boleh tengok tapi sekali-kali pun jangan percaya! Ya! Rakyat dah punya alternatif lain selain dari tv milik pemerintah. Terima kasih pada kecanggihan teknologi yang ada , kerananyalah kerajaan semakin gusar apabila rakyat sudah semakin celik IT!

Lagu kat atas tu dah lama aku suka. Mula-mula aku suka sebab melodinya yang merdu. Adik aku dan ramai kawan-kawan yang bekerja dengan kerajaan cerita ,ini lagu wajib dalam program biro tata negara! Sekarang aku lagi tambah suka sebab  lagu ni dikumandangkan dalam  PAU yang baru saja selesai. Aku suka sangat-sangat sebab  lagu ini berjaya membuatkan perwakilan PAU,laki-laki dan perempuan sama-sama menangis dengan mimik wajah yang pelbagai! Sedihnya!!!! Nenek moyang memang kaya -raya bhai…


×

Gambar sekadar hiasan.
Sambil anda layan lagu di atas dan menghayati liriknya, mari jawab semua soalan di bawah ini dengan hati yang terbuka.
  •  Siapakah  yang mengekang akta2 maklumat, Auku dan pandangan2 kedua orang Melayu supaya orang Melayu senang diperbodohkan?
    Siapakah  yang menaikkan harga petrol,diesel dan barangan asas sesuka hati?
    Siapakah pula yang memperbodohkan dirinya konon mengaku Melayu sedang nama Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (PEKEMBAR) dibuang dan diguna bahasa penjajah UNITED MALAYS NATIONAL ORGANISATION (UMNO)?
    Siapakah  yang kata Sekolah Agama Rakyat (SAR) tempat melahir militan dan ekstrimist?
  •  Atas alasan itu, siapa yang menghentikan geran perkapita kepada SAR hingga menyebabkan sebahagian institusi pendidikan agama hidup segan, mati tak mahu? (Dalam bajet baru-baru ini sikit pun tiada peruntukan untuk SAR!)
    Siapakah yang mencadangkan pelan pembangunan Kg Baru Kuala Lumpur hingga membuka milikan kepada 40% bukan Melayu?
    Siapakah yang serah blok minyak kepada negara Brunei tanpa persetujuan DUN, Parlimen atau YDPA?
    • g serah blok minyak kepada negara Brunei tanpa persetujuan DUN, Parlimen atau YDPA?
    •  Siapakah yang cuai menjaga tanahair sendiri hingga Pulau Batu Putih dan Singapura terlepas ke negara orang?

  • Siapakah  yang menghapuskan tulisan Jawi dari diajar di sekolah2?

  • Siapakah  yang menukar bahasa pengantar dari bahasa Melayu kepada bahasa Inggeris dalam pembelajaran Sains dan Matematik pada ketika jurang pendapatan bandar-luar bandar semakin melebar?
    Siapakah  yang mencadangkan syarat wajib lulus Bahasa Inggeris untuk SPM dan bahasa pengantar Inggeris di universiti2?
    Siapa yang jual air kepada negara jiran dengan harga 3 sen 1000 liter, dan jual balik kepada rakyatnya sendiri dengan harga 80 sen 1000 liter?

  •  Siapakah yang melanggar peruntukan Perlembagaan mengenai hak2 istimewa Melayu untuk mendapat biasiswa?
    Siapakah yang menukar biasiswa kepada pinjaman dengan kadar 4%?
    Siapakah yang mencemar bahasa Melayu dengan istilah-istilah “infotainment”, “boulevard”, “presint”, “bajet” dan lain2?
  •  Siapakah pula yang melucutkan kekebalan raja2 Melayu pada awal 1990-an?
    Siapakah yang menggelarkan rajanya ‘MENATANG’ bila namanya ditolak sebagai Menteri Besar Terengganu selepas PRU12 yang lalu?
    Siapakah yang mengubah sempadan kawasan undi majoroti Melayu bila Melayu sendiri menolak Umno dalam PRU 1999?
  •  Siapakah yang menyelewengkan dana untuk orang2 Melayu yang miskin dalam program PPRT?
    Siapakah yang mengkhianat wasiat Raja2 Melayu menjelang kemerdekaan supaya tidak diserah bukit, gunung dan pulau kepada bukan Melayu?
    Siapakah yang mencipta krisis perlembagaan 1982 yang menyebabkan kuasa Yang DiPertuan Agung terhakis dan hanya sekadar menjadi rubber stamp Parlimen?
    Siapa? Siapa? Siapa?
    Siapakah sebenarnya yang telah melakukan itu semua? Anda? Kita?
    Itu adalah sebahagian yang dapat aku kutip dan paparkan di sini buat renungan kita bersama. So,next PRU marilah sama-sama kita terjemahkan semua kemarahan dan kebencian ini di atas kertas undi,dan pastikan kertas undi anda tidak rosak. Ingat kita hanya diberi peluang 5 tahun sekali. Masa yang ada usah disia-siakan. Pilihlah dengan bijak ,pilihan kita nantilah yang  akan menentukan kelangsungan hidup anak-anak generasi kita pada masa hadapan.
    ABU = Asalkan Bukan Umno!!!!
- media perak

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.