`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Thursday, December 27, 2012

UMNO punca perpecahan Melayu! akui Dr Mahathir



oleh: Yong

AKHIRNYA DR MAHATHIR MENGAKU PERPECAHAN ORANG MELAYU ADALAH KERANA PEMIMPIN UMNO!

PECAT ANWAR BUKAN PUNCA MELAYU BERPECAH: KATA DR MAHATHIR
Yong setuju dengan pandangan Dr Mahathir tentang siapa yang menjadi punca Melayu berpecah.
Tak sangka. Akhirnya ada sesuatu yang disebut oleh Chedet Yong setuju. Komer nak marah Yong, marah ler. Apa yang Dr Mahathir sebut itu betul. Punca perpecahan orang Melayu adalah natijah dari tindakan pemimpin-pemmpin UMNO. Ia tidak ada kena mengena dengan PAS atau pun PKR!
PERPECAHAN INIPUN TAKDE KENA MENGENA DENGAN PAKATAN PAS DENGAN PKR DAN DAP.
Geng yang masih terliorkan UG dengan UMNO buka mata, telinga dan hati komer!
Orang yang mengasaskan UMNO BARU mengaku sendiri akan perbuatan pemimpin-pemimpin UMNO sejak dulu lagi!
Yong petik kenyataan ini dari Berita Harian (2012/10/19 – 07:22:20 AM) seperti berikut:
Bekas Perdana Menteri itu berkata, setiap orang boleh mempunyai pendapat sendiri, tetapi hakikatnya perpecahan Melayu berlaku sejak awal negara mencapai kemerdekaan.
“Ia bermula apabila Allahyarham Datuk Onn Jaafar mencadangkan supaya bukan Melayu dibenarkan menyertai UMNO. . .Apabila cadangannya tidak diterima, beliau keluar lalu menubuhkan Parti Negara,” katanya ketika menyampaikan ucapan pada Program Bicara Negarawan sempena Seminar Peningkatan Kemajuan Kerjaya Pegawai-Pegawai Tadbir Johor, Kedah, Kelantan dan Terengganu, di Dewan Konvensyen Taman Tamadun Islam di sini semalam.Dr Mahathir berkata, perpecahan kedua berlaku apabila kumpulan ulama dalam UMNO keluar parti untuk menubuhkan PAS selepas permintaan memegang 10 kerusi ditolak. Perpecahan berikutnya berlaku apabila Tengku Razaleigh Hamzah menubuhkan parti Semangat 46 selepas tewas dalam perebutan kerusi Presiden UMNO.

Cuma Yong ingin tambah maklumat yang orang Melayu UMNO mudah lupa.
Parti Melayu yang pertama ialah Parti Kebangsaan Melayu Malaya (PKMM) yang ditubuhkan pada tahun 1945, bukan UMNO.
SUMBER CHEGUBARD
Tetapi kita telah dinafikan peluang untuk mengenali parti PKMM kerana pemimpin UMNO bersekongkol dengan penjajah yang mengharamkan parti ini. Mereka telah menghalang Dr Burhanuddin Hilmi dari memimpin kesatuan Melayu demi merebut tahta kepemimpinan.
Pemimpin UMNOlah penyebab perpecahan Melayu!
Apabila Hizbul Mukminin ditubuhkan pada tahun 1948, pemimpin UMNO sekali lagi bersekongkol dengan penjajah menangkap pemimpin-pemimpin parti ini dan mengharamkannya. Salahkah jika ulama yang tidak tahan dengan kepura-puraan UMNO ini keluar parti dan menghidupkan semula Hizbul Mukminin melalui penubuhan PAS?
Pemimpin UMNO adalah dalang perpecahan Melayu!
Dulu, kini dan selamanya UMNO bukan sahaja memecah-belahkan orang Melayu, tetapi seluruh perpaduan rakyat Malaysia!

- media perak

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.