`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Friday, February 1, 2013

HALIK DAN ISTERI WAJAR BERSARA!





Saudara Pengarang,
KEMELUT isu kepimpinan PKR Tenom yang semakin panas seharusnya pihak pihak lain Pro Halik Zaman tidak mengaitkan orang lain di dalam pergolakan ini khususnya wartawan kerana beliau hanya bertindak atas arahan saya (Jamain Kalasang) untuk menulis bahan cerita mengenai hasrat ahli-ahli PKR yang mahukan perubahan kepimpinan PKR Tenom.

Saya amat terkilan apabila pihak penulis laman sosial Facebook, William Angkai (milik Halik dan Isterinya) mengatakan bahawa saya seorang 'buta huruf' malah jawatan saya selaku Ketua Angkatan Muda Keadilan (AMK) telah dipecat oleh pucuk pimpinan AMK Pusat adalah tidak benar dan tidak berasas sama sekali.
Mereka ini (pro Halik) terutamanya Ambalau, perlu membuka minda dan mata dengan seluas luasnya bahawa dizaman era serba moden abad ke-21 ini apakah masih terdapat golongan masyarakat 'buta huruf' seperti yang didakwa pemegang akaun Facebook tersebut atau niatnya sekadar 'memfitnah' kepada saya untuk mengalihkan perhatian umum berhubung isu kepimpinan PKR Tenom yang dalam keadaan kucar kacir.

Persoalannya sekarang bahawa mereka mengatakan saya 'buta huruf' langsung tidak wajar kerana sebagai pemimpin sayap kanan dalam AMK yang dipilih perwakilan; apakah wajar perwakilan memilih saya dalam keadaan 'buta huruf'.

Apatah lagi beban tugas dan tanggung jawab sebagai pemimpin AMK yang bukan sahaja menghadiri setiap kali mesyuarat diperingkat negeri namun seseorang pemimpin itu kena menyediakan beberapa kertas kerja pelan pembangunan dan gerak kerja untuk AMK diperingkat Cabang.

Jadi, Ambalau kena rasional ketika membuat tuduhan bahawa tugas seberat ini ada keperluan untuk seseorang pemimpin 'buta huruf' atau nama Ambalau sekadar digunakan Halik atau isterinya untuk melawan balik tuduhan kami selaku ahli-ahli akar umbi PKR Tenom.

Apa pun, kami tetap dengan pendirian untuk mendesak pihak MPN PKR Sabah supaya Halik Zaman direhatkan dahulu bersama Isterinya dan memberi laluan kepada pemimpin muda dan berwibawa menggalas tugas mempastikan PKR Tenom bersama PR dapat menumbangkan UMNO-BN pada PRU-13 kelak.

Sekian, LAWAN TETAP LAWAN!

Salam Hormat,

JAMAIN KALASANG
Ketua AMK PKR Cabang Tenom

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.