Saudara Pengarang,
SAYA mencadangkan agar seorang Pandikuti daripada India, Safiullah bin Ziavudeen dipanggil mengadap Panel RCI pada sidang akan datang kerana Mykad beliau 691212-12-5055 disyaki palsu sekalipun menjadi pemilih berdaftar di Rembau, Negeri Sembilan.
Mengikut siasatan saya, penama menggunakan alamat No 15, Jalan Mahkamah, 71300 Rembau, Negeri Sembilan. Saya amat pasti bahawa penama di atas adalah pendatang haram dan bukannya rakyat Sabah.
Safiullah pernah ditahan pada 07.12.1992 di Majeed Book Store, Tampin Negeri Sembilan oleh Jabatan Imigresen Seremban dan diusir keluar kerana memiliki dua warganegara.
Antara pegawai Imigresen yang menjalankan tugas ialah Sahul Hamid. Saya berharap agar Jabatan Pendaftaran Negara dapat mengambil tindakan yang sewajarnya supaya hak dan keistimewaan kita tidak dirompak dengan sewenang-wenangnya.
Saya pernah menulis aduan secara online kepada JPB, namun JPN hanya memberikan jawapan berikut;
"Berhubung perkara penyiasatan kad pengenalan, tuan boleh menghubungi Bahagian Siasatan Dan Pengkuatkuasaan JPN Putrajaya di talian 03-88807743 (Jamian Bin Rosman) dan 03-88807769 (Elanngovan A/L Muniandy). Harap maklum, terima kasih. Pegawai JPNM : PRO"
Sekian, Salam Hormat,
007 PENCEN
No comments:
Post a Comment
Note: Only a member of this blog may post a comment.