`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Friday, February 22, 2013

KENAPA POLIS GEMAR TELANJANGKAN OKT?




MISTERI yang belum terjawab sehingga kini ialah kenapa polis (termasuk warder penjara) gemar menelanjangkan Orang kena Tuduh (OKT) terutama tahanan reman kes tuntutan tanah adat sedangkan kesalahan tersebut tidak memerlukan polis melakukan pemeriksaan tubuh seperti kes dadah atau rogol. Mungkinkah SOP baru? Ramai mangsa mengadu ditelanjangkan dan dimalukan polis dengan pelbagai soalan yang tidak ada kena mengena dengan siasatan melainkan untuk menjatuhkan maruah OKT. Siapa dalang di sebalik 'Ops Telanjang' ini? Mungkin agak memalukan kerana polis masih buntu menyelesaikan isu Pencerobohan Tentera Sultan Sulu di Tungku, Lahad Datu tetapi bersikap garang dengan menjadikan Lokap yang kotor sebagai 'Rumah Rehat' kerana OKT hanya membuang masa menunggu siasatan selama berhari-hari dan menunggu pertuduhan, sedangkan siasatan hanya mengambil masa satu atau dua jam sahaja. Tidakkah PDRM merasa malu kerana hanya berani bertindak terhadap golongan lemah. Semoga Pesuruhjaya Polis Sabah dapat melakukan transformasi! - Sabahkini

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.