`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!




Thursday, February 21, 2013

SISTEM KEHAKIMAN LUMPUH DI SANDAKAN?




BUKTI......Hasmiati menunjukkan bukti jenayah yang dilakukan Voo Man Chung yang kebal oleh tindakan undang-undang.

Oleh : ZAKRI ZAKARIA
"Saya merasa kesal di atas sikap sambil lewa pihak polis yang tidak menyiasat dan mendakwa Voo Man Chung atas laporan polis yang saya buat pada 31 Januari, 2013," tegas Hasmiati bte Rustam dalam kenyataanya yang dikirim kepada Sabahkini.net.

Sehubungan itu, Hasmiati telah mengutus surat kepada Peguam Negara, meminta supaya Voo Man Chung didakwa dan dipenjarakan.
Tambah Hasmiati, pihak polis Sandakan telah gagal melaksanakan tanggungjawab mereka sehingga Voo Man Chung berterusan mengutip wang tunai dari orang ramai yang berhadapan masalah kes mahkamah.

"Voo Man Chung akan mengutip wang tunai sebagai deposit guaman dan membuat janji dan jaminan bahawa kes mereka akan dimenangkan oleh Voo Man Chung," demikian tegas Hasmiati Bte Rustam.

Hasmiati telah ditipu RM20,000 oleh Voo Man Chung. Baru-baru ini, pada 19 Februari, apabila Hasmiati berjumpa Voo Man Chung di pejabatnya, isteri Voo Man Chung secara sinis menjawab bahawa Voo Man Chung tidak kenal dengan Hasmiati.

"Saya sangsi dan mengesyaki bahawa Voo Man Chung mempunyai hubungan istimewa dengan pegawai tertentu di kalangan PDRM Sandakan yang menyebabkan beliau bebas untuk terus mencari mangsanya," sambung Hasmiati lagi.

Sehubungan itu, kata Hasmiati, harapan terakhir beliau hanyalah bergantung kepada pejabat pendakwaan Jabatan Peguam Negara untuk bertindak setelah semua sistem kehakiman dan keadilan lumpuh akibat rasuah.

MALAS.....Polis Sandakan malas bertindak kerana Voo Man Chung berjaya menjinakkan mereka melalui bayaran 'UFTI'.




TIPU.....Polis Sandakan mengklasifikasikan kes ini sebagai Tidak Lazim ditangkap dan hanya kes sivil?




ADUAN.....Hasmiati terpaksa menulis surat kepada Peguam Negara kerana sistem keadilan telah dikuasai mereka yang mempunyai wang dan mampu membayar upah kepada polis?

No comments:

Post a Comment