`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


Friday, February 22, 2013

PENERIMA BR1M UMPAMA HAIWAN?





Oleh : AFZAINIZAM ABDULLAH
BOH LA WEI : Nik Aziz Nik Mat mensamakan penerima BR1M dan BR2.0 sebagai 'haiwan'. Mereka dianggap sebagai 'ayam' dan 'lembu' yang diberi dedak dan jerami. Kenyataan itu pula dibuat di hadapan penyokongnya sekembalinya beliau dari menunaikan umrah.

Jika tidak silap, rakyat Kelantan adalah penerima dan pemohon paling ramai menerima BR1.0 dan BR2.0. Saya percaya ramai di antara mereka yang terdiri dari ahli-ahli taksub Pas sendiri. Bayangkan seorang Menteri Besar menghina rakyatnya sendiri dengan menyamakan mereka dengan haiwan. Pemimpin jenis apakah Nik Aziz ini?
Sekadar perbandingan, ketika Umar Abd Aziz menjadi Khalifah tidak ada orang Islam yang mahu menerima zakat kerana mereka berada di dalam keadaan mewah.

Tetapi 22 tahun di bawah pemerintahan Nik Aziz, rakyat Kelantan banyak yang menjadi 'haiwan'. Sekali lagi soalan yang sama: "Pemimpin Jenis apakah Nik Aziz ini?".

Justeru sudah sampai masanya rakyat Kelantan 'menghukum' Nik Aziz khasnya dan Pas amnya dari terus menerajui Kelantan selepas PRU13 kelak. Wallahualam.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.