`


THERE IS NO GOD EXCEPT ALLAH
read:
MALAYSIA Tanah Tumpah Darahku

LOVE MALAYSIA!!!


 


Thursday, May 23, 2013

20,000 MUSLIM SABAH NIKAH RAKYAT ASING




Oleh : BOO SU-LYN

KOTA KINABALU : Perkahwinan di antara orang Islam Sabah dengan rakyat asing semakin meningkat semenjak tahun 2000, berjumlah hampir 20,000 perkahwinan sepanjang 13 tahun lalu, Suruhanjaya Siasatan Di Raja (RCI) berkenaan pendatang haram diberitahu kelmarin.

Menurut Baharuddin Alwi, ketua pendaftar perkahwinan dari Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Sabah hari ini, terdapat 8,859 perkahwinan Islam diantara lelaki asing dengan wanita tempatan di Sabah dari 2000 sehingga Oktober 2012, termasuk 10,922 perkahwinan Islam diantara wanita Islam dan lelaki tempatan pada masa sama, menjumlahkan 19,781 perkahwinan.
“Kebanyakan isteri asing adalah warga Indonesia dan Filipina,” kata Baharuddin kepada RCI kelmarin.

Beliau menambah, suami asing pula terdiri daripada rakyat Filipina, Afghanistan, Algeria dan Bangladesh.

“Peningkatan angka dalam populasi disebabkan oleh rakyat asing berkahwin dengan warga tempatan,” kata pegawai penggendali Datuk Azmi Ariffin menerangkan relevan testimoni Baharuddin dengan terma dan syarat RCI mengenai kesan pendatang di Sabah.

Sebanyak 28 peratus daripada 3.2 juta rakyat Sabah adalah warga asing, menjumlahkan sebanyak 889,000 orang.

Dr Maria Suleiman, timbalan pengarah prinsipal (Epidemiology) di Jabatan Kesihatan Sabah memberitahu semalam dari tahun 2000 sehingga 2011, rakyat asing telah melahirkan 122,882 bayi di hospital kerajaan, purata 25 peratus daripada kelahiran keseluruhan pada 2011.

Baharuddin mengatakan hari ini angka perkahwinan diantara orang Islam di negeri Borneo itu meningkat dari 399 pada tahun 2000 ke 2,545 dalam sepuluh bulan pertama pada 2012.

Beliau menambah, terdapat perkahwinan Islam yang melibatkan gadis berumur 13 tahun dan 14 tahun akan tetapi tidak memberikan angka spesifik.

The Star Online melaporkan hari ini Jabatan Peguam Negara akan meneruskan pendakwaan kes rogol terhadap pengurus restoran, Riduan Masmud yang mana kesnya digugurkan selepas mangsa berusia 13 tahun itu menarik balik laporan polis di Sabah.

Baharuddin juga memberi keterangan hari ini warga asing perlu mempunyai dokumen sah sebelum mengahwini rakyat tempatan.

“Mereka mesti mempunyai pas lawatan sosial dan bukan pas bekerja,” katanya.

No comments:

Post a Comment

Note: Only a member of this blog may post a comment.